40 Minggu

Wahai Suami, Jangan Abaikan 8 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung

1.6K
SHARES

“Aduhai, banyak betul karenah isteri aku ni. Mentang-mentanglah dia tengah mengandung, dia ingat ‘angin’ dia seorang saja. Tapi, aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Semua aku buat serba tak kena. Bagaimanakah sebenarnya tugas suami semasa isteri mengandung?”

Sepanjang 40 minggu kehamilan, ramai yang tidak tahu apa yang patut dibuat untuk membantu meringankan beban isteri. Malah bagi lelaki, mungkin ada yang beranggapan tugas mereka sebagai bapa hanya akan bermula selepas bayi anda dilahirkan. Mungkin ada yang berasa seperti ‘dipinggirkan’ dan hanya mampu bersorak dari tepi, tak ubah seperti ‘cheerleader’. 

Libatkan Diri Secara Aktif Sepanjang Tempoh Kehamilan

Sebenarnya, tugas suami semasa isteri mengandung adalah sangat penting dan mampu memberi kesan yang mendalam terhadap hubungan suami isteri mahupun kepada anak yang bakal dilahirkan. Meskipun anda tidak boleh membantu isteri untuk ambil giliran ‘mengandung’, tapi anda masih boleh membantunya secara aktif – sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Kadangkala, perkara yang patut dilakukan adalah sangat ‘simple’ dan mudah – namun ia seringkali diabaikan! Jadi, jangan ambil remeh. Cuba beri lebih perhatian dan lebih peka terhadap keperluan ini, lebih-lebih lagi apabila isteri anda sedang hamil.

Foto Kredit: http://www.whitsundayprofessionalcounselling.com

Foto Kredit: whitsundayprofessionalcounselling.com

Wahai Suami, Jangan Abaikan 8 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung

Berikut adalah 8 perkara yang boleh dilakukan untuk membantu meringankan proses kehamilan isteri. Nampak mudah, tapi tugas suami semasa isteri mengandung ini sebenarnya boleh meninggalkan kesan yang menakjubkan!

1. Puji Kecantikan Mereka

Perubahan secara fizikal yang berlaku semasa wanita sedang hamil bukanlah semuanya seperti yang anda sangkakan. Walaupun ada yang ‘naik seri’, tapi tak kurang juga yang mengalami masalah lain seperti bengkak kaki, wajah kusam, masalah kulit kehitaman dan mengelupas. Selain itu, wanita juga mudah rasa rendah diri apabila mereka mendapati diri mereka semakin ‘gemuk’ atau tembam.

Jadi, sebagai suami anda perlu sentiasa memastikan mereka tidak berasa tertekan di atas segala faktor di atas. Sentiasalah berikan pujian untuk mengembalikan semangat mereka, hantarkan mesej cinta kepada mereka, dan yakinkan mereka bahawa mereka tetap cantik. Percayalah, kata-kata sebegini amat membantu menaikkan ‘mood’ dan semangat mereka!

cara pilih bra sesuai

Foto Kredit: parents.com

2. Tunjukkan Anda Juga ‘Excited’

Jarang kita lihat lelaki yang menunjukkan perasaan mereka kerana selalunya mereka bersikap tenang dan ‘macho’. Mungkin ada yang rasa ‘takut’, belum bersedia, atau janggal kerana ini adalah kali pertama anda bakal bergelar bapa.

Tapi dalam kes ini, cubalah tunjukkan sedikit kegembiraan dan keterujaan untuk menunggu lahirnya bayi anda. Jika tidak, isteri anda akan berasa ‘keseorangan’ sepanjang proses ini.

Setidak-tidaknya, sentuhlah perut isteri anda dan cuba bercakap dengan bayi dalam kandungan. Kalau kekok, mulakanlah dengan melafazkan doa yang baik-baik untuk kandungan anda sambil mengusap perut isteri anda. Oh ya, tambahkan sedikit pengetahuan anda tentang kehamilan dan proses bersalin – penting untuk persediaan anda juga nanti!

Foto Kredit: momjunction.com

Foto Kredit: momjunction.com

3. Jangan Mengkritik

Betul, orang mengandung memang banyak karenah. Ada benda pelik yang mereka nak makan, stail pakaian yang tak pernah dicuba, atau mungkin mereka ‘teringin’ melakukan perkara yang tak pernah terlintas di fikiran anda.

Secara psikologinya, semua ini adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang turun naik sepanjang proses kehamilan.

Maka, cara terbaik untuk menghadapi perubahan ini adalah dengan meraikannya dan cuba untuk menahan diri daripada memberi komen negatif.

tugas suami semasa isteri mengandung

Foto Kredit: verywell.com

4. Hadiah

Jika anda berkesempatan ke kedai atau ke mana-mana, bawalah pulang sesuatu untuk mereka. Tak kisahlah sama ada coklat, hiasan, cenderahati, bunga, atau apa-apa saja. Ya, sama seperti semasa anda bercinta dahulu!

Hadiah-hadiah ini tidak semestinya mahal, namun ia menunjukkan bahawa mereka sentiasa berada dalam ingatan anda. Tentu isteri anda akan rasa gembira dan seperti dilamun cinta semula.

ciri calon suami

Foto Kredit: kiplinger.com

5. Carikan Waktu Mereka Berehat

Bagi mereka yang sedang hamil anak pertama, mungkin ini bukan satu isu besar.

Tapi, bagi mereka yang dah punya seorang dua anak – tidur bukan lagi sesuatu yang dapat dinikmati semudah-mudahnya. Bayangkanlah saja kesibukan yang anda hadapi setiap hari untuk mengurus kerja harian dan anak-anak kecil. Memang mustahil ‘mencuri masa’ untuk tidur!

Jadi, mungkin ini masanya untuk si suami bersikap lebih proaktif dengan membantu menguruskan kerja rumah dan anak. Setidak-tidaknya, biarkan mereka tidur lebih awal daripada biasa.

Tidur mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil

6. Urutan

Wanita mengandung akan selalu berasa tak sedap badan. Mana tidaknya, berat mereka akan bertambah dari sehari ke sehari.

Kalau tak percaya, lihat sajalah bagaimana mereka mengusap-usap bahagian belakang atau kaki apabila sedang duduk. Jadi, takkanlah nak biarkan saja?

Kalau ada kesempatan, berilah sedikit urutan kepada mereka. 5 minit pun cukuplah. Memang akan terasa lega, lebih-lebih lagi kalau tangan suami sendiri yang mengurutnya!

Foto Kredit: pregnancypregnant.com

Foto Kredit: pregnancypregnant.com

7. Menemaninya Ke Klinik

Ya, bukan setiap kali ‘appointment’ suami akan ada masa untuk menemani isteri. Tapi, tak salah juga kalau anda cuba luangkan setengah hari di klinik – mungkin setiap 3 bulan sekali.

Selain itu, cubalah untuk mengambil tahu tarikh ‘appointment’ itu dan tanyakan perkembangan isteri anda setiap kali mereka pulang daripada sesi ‘check-up’ di klinik. Walaupun mereka tak pernah menyuarakannya, tapi dah tentu mereka akan sangat gembira apabila melihat betapa anda mengambil berat tentang mereka dan juga bayi dalam kandungan.

tugas suami semasa isteri mengandung

Foto Kredit: suntmamica.ro

8. Beri Mereka ‘Me Time’

Kalau ada anak-anak kecil yang lain, sekali-sekali bawalah mereka keluar untuk beri peluang kepada isteri anda berseorangan di rumah.

Atau, beri peluang isteri anda ke kedai untuk ‘terapi’ dan mungkin isteri anda ingin bertemu rakan di kafe sendirian. Yakinkan mereka bahawa mereka bukan ‘selfish’. Sebaliknya ‘me time’ ini dapat mengembalikan kewarasan seorang wanita, lebih-lebih lagi apabila mereka amat sibuk menguruskan anak-anak dan keperluan rumah tangga. Jangan ingat surirumah tak perlukan ‘me time’ ya!

tugas suami semasa isteri mengandung

Foto Kredit: almrahonline.com

Usah Ambil Ringan Tugas Suami Semasa Isteri Mengandung

Nampak mudah, bukan? Tapi haikatnya memikul tanggungjawab dan tugas suami semasa isteri mengandung memerlukan kesabaran dan keprihatinan yang tinggi. Bukan itu saja, ia memerlukan kesefahaman (dan mungkin sedikit pergaduhan) kerana kadangkala wanita sendiri keliru dengan perubahan yang berlaku dalam diri mereka.

Jadi, walaupun anda tidak dapat membaca fikiran mereka, perkara-perkara di atas ini tentunya akan dihargai oleh isteri anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×