Asuh

5 Perkara Papa Patut Buat Kalau Bayi ‘Bencikan’ Anda

2K
SHARES
menyusu badan

“Alahai, Irfan ni langsung tak boleh duduk kejap dengan Papa. Pengsanlah Mama macam ni Irfan oiii… Papa, tolonglah ambil hati dia, ajak dia main ke. Saya nak masak ni.”

“Sayang, bukan saya tak cuba, dia yang tak mahu. Makin kuat menangisnya adalah. Macam kena dera pulak.”

Memang biasalah kalau bayi asyik nak ‘melekat’ dengan ibunya. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Dah macam ‘koala bear’ pula asyik bergendong sana-sini. Lebih-lebih lagi bayi yang menyusu badan. Pantang nampak kita, akan menggelabah dan merengek minta dilayan.

Kalau bayi boleh bermain dengan Papa, dapatlah Mama berehat sebentar. Rasa cemburu juga apabila Papa beri alasan bayi yang tak mahu duduk dengannya.

Tapi, apakan daya. Kita pun buntu nak fikirkan cara supaya bayi rapat dengan ayahnya.

Kadang-kadang, Papa pula cepat terasa dan seakan ‘merajuk’ apabila bayi tidak mahu langsung mendekatinya.

5 Perkara Papa Patut Buat Kalau Bayi ‘Bencikan’ Anda

Ini peranan suami yang perlu dilakukan, terutamanya bagi Papa yang selalu di’benci’ oleh bayi. Mesti cuba tau!

peranan suami ketika isteri menyusu

Foto Kredit: parenting.com

1. Papa Membelai Bayi Dan Mama Ketika Menyusu

Ketika menyusu, bayi berada dalam keadaan yang tenang. Oleh itu, kehadiran bapa dapat dikaitkan dengan perasaan yang positif.

Cuba dekatkan wajah Papa pada Mama dan tenung bayi sambil tersenyum. Ciumlah bayi anda sepuas-puasnya.

Dengan cara ini, bayi akan cepat ‘familiar’ dengan wajah dan bau Papa.

2. Papa Bantu Bayi Menyusu & Tidur

Betul, memang ibu yang ada payudara dan lelaki tak boleh menyusukan bayi.

Tapi, ramai tidak sedar peranan suami yang boleh di’selitkan’ dalam membantu bayi ‘bonding’ dengannya.

Contohnya, selepas menyusu, Papa boleh tolong sendawakan bayi atau menidurkannya.

Apabila terjaga dari tidur, Papa boleh tolong tenangkan bayi sebentar sebelum membawanya kepada ibu.

Foto Kredit: flipboard.com

Foto Kredit: flipboard.com

3. Papa Biasakan Bayi Dengan ‘Skin-to-Skin Contact’

Salah satu sebab bayi begitu rapat dengan ibu adalah kerana bayi dapat merasakan kehangatan tubuh ibu dan mendengar suara ibu ketika menyusu badan.

Hal ini menjadikan bayi berasa selamat dan cenderung kepada perlindungan ibu.

Jadi, Papa perlu banyakkan ‘Skin-to-Skin Contact’ dengan bayi. Banyak kajian telah mendapati terdapat pelbagai manfaat daripada perlakuan ini. Antaranya, bayi dapat menyesuaikan diri apabila mendengar denyutan jantung Papa dan getaran suaranya.

Selain itu, pelukan juga dapat membantu bayi mengenalpasti bau badan Papa. Kalau Mama biasa menggunakan penggendong bayi, apa kata biar Papa pula mencubanya.

4. Papa Bantu Beri Susu Perahan

Jika Mama bakal bekerja di pejabat, inilah masanya untuk anda memperkenalkan botol susu kepada bayi – melalui Papa.

Antara peranan suami yang boleh diajarkan adalah cara memanaskan susu perahan dan memberinya kepada bayi.

Walaupun sukar pada awalnya, lama-kelamaan bayi dan Papa akan terbiasa juga.

Foto Kredit: dailymail.co.uk

Foto Kredit: dailymail.co.uk

5. Biarkan Papa Mencuba

Sebagai ibu, kita memang cepat gelisah apabila bayi merengek atau menangis.

Tapi, janganlah kita asyik menegur dan membebel jika Papa cuba melayan bayi mengikut caranya.

Kerisauan ini mungkin akan membuatkan Papa tidak konfiden dan kurang bersemangat untuk melakukannya sendiri.

Bayi pula akan cepat menangis apabila terhidu ‘kelibat’ anda. RELAKS. Berikan sedikit masa dan biarkan Papa melakukan ‘magic’nya.

Jangan Memperkecilkan Peranan Suami

Peranan suami dalam menjaga anak tidak sepatutnya dipandang ringan kerana suami adalah ketua keluarga. Percayalah, isteri anda juga kekok untuk menguruskan bayi buat pertama kali.

Jika bayi masih menolak dan menangis apabila berhadapan dengan Papa, janganlah cepat terasa hati atau terpinggir.

Bak kata pakar, ‘It’s nothing personal’ dan kita tidak boleh menganggap bayi dapat memahami perasaan kita.

Sebaliknya, cuba berikan masa dan lakukan perkara di atas beransur-ansur.

Anda tentu akan dapat melihat perubahannya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×