Asuh

5 Tips Pertama Kali Bergelar Ibu dari Scha Al-Yahya. First Time Mother!

5 Tips Pertama Kali Bergelar Ibu dari Scha Al-Yahya. First Time Mother!

Pertama Kali Bergelar Ibu

Baru sahaja melahirkan anak perempuan comel bernama Lara Alana pada 22 Julai 2014 yang lalu, Scha Al-Yahya kini bergelar ibu buat pertama kali!. Boleh baca laporan yang dibawakan oleh RotiKaya & BeautifulNara. Ditemui di majlis pelancaran Dettol ph-Balanced Body Wash pada 1 Oktober yang lalu, Scha seronok berkongsi pandangan beliau tentang ‘First Time Mother’ atau ‘First Time Mom’. Bertempat di Bangsar South, wartawan kami mengambil peluang untuk menemuramah Scha Al-Yahya dan mendapatkan sedikit tips dari beliau.

Mari kita lihat apakah 7 tips pertama kali bergelar ibu:

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

1. Bersabar

Kena banyak bersabar dengan kerenah anak. Ini kerana kehidupan bila ada bayi ini sangat berlainan.  Tidak boleh marah-marah kerana itu ialah anak yang baru kita lahirkan. Kena sentiasa bersyukur pada Allah, kita dikurniakan anak, sedangkan orang lain bersusah-payah berusaha mendapatkan anak.

2. Jangan malu bertanya

“Menjadi ibu buat pertama kali, banyak perkara yang Scha tidak tahu”, katanya. Kata Scha lagi, “First time mother is very stressful because everything is new to you. When all is a new thing, you don’t know what to do!”.  Oleh sebab itu, semua ‘first time mother’ digalakkan bertanya tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Tambahnya lagi, “Scha rasa bertuah kerana ada ibu yang selalu membantu Scha dalam menguruskan kehidupan selepas bersalin. Tidak ketinggalan, Scha juga berterima kasih kepada suami, Awal, yang menjadi pasangan yang sangat baik. Awal juga banyak sangat ‘support’ dalam aspek kehidupan bayi. Contohnya, bagaimana mahu diamkan bayi, bagaimana mahu jaga bayi”.

3. Kena selalu ‘aware’ dengan situasi dan keadaan bayi

Kita kena sentiasa pantau situasi dan keadaan anak. “Dulu, kita rasa bayi menangis sebab dia lapar. Selepas kita beri makan, dia masih lagi menangis. Jadi, apakah sebenarnya yang dia mahu?”, ujar Scha. Perkara-perkara sebegini perlu dipelajari dan ibu perlu sentiasa ‘alert’ dan bersedia. “Put our baby first. Whenever baby calling you, you have to be available”, tambahnya lagi. Mungkin ini adalah ‘instinct’ yang dianugerahkan Allah untuk setiap ibu.

4. Kena ada rutin

Rutin sangat penting kerana kita kena ikut rentak yang baru. Tidak boleh suka-suka sahaja. “Katakan kita ada perancangan hari ini dan mahu keluar, bayi pula tidak sihat. Maka kita tidak boleh keluar, dan terpaksa duduk rumah dan jaga bayi”, ujarnya.

5. Sentiasa bersedia

Sebagai ibu, kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Jangan terkejut dengan perubahan-perubahan ini. Kata Scha, “Mula-mula, Scha terkejut sangat dengan perubahan ini. Bukan mudah untuk ‘handle baby’ kerana dia akan sentiasa menangis. Namun, lama-lama sudah dapat rentak dan ada momentum”. Penat memang penat, tetapi sangat berbaloi!

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

Cabaran ‘First Time Mother’ atau ‘First Time Mom’ Yang Bekerja

Scha juga di tanya tentang pendapat beliau tentang ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang baru lahir. Jawapan beliau ialah ibu kena ada komitmen yang lebih, berbanding semasa baru berkahwin. Kena bangun awal untuk menyediakan segala-galanya keperluan anak dan mandikan anak.  “Bayangkan kalau hanya tinggal berdua dengan suami dan tiada pembantu atau ‘helper’?”, soal Scha.

Bagi Scha, mahu jaga sorang-sorang, memang agak sukar. Nasihat Scha, jangan hantar pergi nursery lagi kalau tidak ‘confident’. Benar, tidak semua mampu menjaga kerana terpaksa pergi kerja dan untuk dapatkan pembantu perlukan modal yang besar. Kalau perlu, kena cari pembantu yang betul-betul elok kerjanya. Kalau mahu cari ‘nursery’, pastikan tempat tersebut bersih!

 

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

Foto Kredit: instagram.com/schaalyahya

Bagaimana Dengan Ibu Yang Sanggup ‘Resign’ Untuk Jaga Anak?

“Saya tabik pada ibu-ibu yang berani berhenti kerja kerana ingin menjaga anak dan melihat mereka membesar depan mata. Tidak semua orang mempunyai kekuatan untuk meninggalkan kerjaya demi keluarga. Mereka sememangnya wajar diberikan penghormatan oleh masyarakat. Merekalah isteri, merekalah ibu.”, ujar Scha dengan penuh bersemangat. Kata-kata semangat beliau untuk ibu yang sudah meninggalkan kerjaya dan kini menjadi surirumah sepenuh masa, “Saya ‘respect’ dan ‘salute’ pada anda semua!”. 

Nasihat beliau, jangan berhenti kerja begitu sahaja. Benar, mahu jadi isteri, ibu dan pekerja yang baik bukan mudah. Mahu jadi ketiga-tiga ini perlukan pengorbanan yang besar. Fikir masak-masak dan bayangkan betapa seronoknya lihat anak membesar depan mata!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×