Bersalin

Wahai Suami, Ini 9 Cara Bantu Kurangkan Sakit Bersalin Isteri Anda

3K
SHARES
pengalaman dalam bilik bersalin

“Ish, panik pula bila tengok isteri tengah menghitung hari. Tunggu masa saja nak bersalin. Rasanya persiapan untuk ke hospital semua dah ada. Tapi, apa aku nak buat bila masuk bilik bersalin nanti? Ada ke cara kurangkan sakit bersalin yang aku boleh buat untuk isteri ya?”

Kini, lebih banyak hospital memberi peluang kepada suami untuk menemani isteri di saat mereka hampir bersalin. Ini kerana, memang terbukti si suami dapat memberi sokongan dan dorongan dalam membantu proses tersebut.

Namun, perlu juga ada sedikit ilmu dan pengetahuan untuk melakukannya. Tidaklah rasa nak pengsan atau gelabah semacam bila nampak isteri yang mengerang kesakitan dan berjam-jam lamanya di bilik bersalin.

Selain memberi sokongan moral, cuba fahami beberapa cara kurangkan sakit bersalin isteri yang boleh dilakukan di ‘labour room’.

Foto Kredit: mamme24.it

Foto Kredit: mamme24.it

Wahai Encik Suami, Ini 9 Cara Kurangkan Sakit Bersalin Isteri Anda

Berikut adalah cara kurangkan sakit bersalin yang boleh dilakukan oleh suami semasa menemani isteri semasa di dalam wad atau di bilik bersalin nanti.

1. Relaks!

Perkara paling utama yang dapat membantu anda menghadapi kesakitan bersalin adalah minda yang tenang. Bukan saja isteri anda yang perlu tenang, tetapi anda juga perlu tenteram.

Teorinya mudah – jika anda stres atau takut, perasaan ini akan mudah ‘berjangkit’ kepada isteri anda. Malah, ia akan menyebabkan si isteri lebih ‘tension’!

Foto Kredit: neemonstlag.nl

Foto Kredit: neemonstlag.nl

2. Urutan Mesra

Urutan pada bahagian yang menyakitkan seperti bahagian pinggang, belakang, bahu, atau mana-mana bahagian yang isteri anda suka dapat memberi keselesaan.

Selain urutan, masalah sakit-sakit belakang, pinggang, kaki, atau punggung boleh dikurangkan dengan bantuan beg panas.

Laman web BellyBelly menyatakan bahawa tuaman beg panas ini sangat berguna kerana ia dapat melegakan ketidakselesaan yang dialami semasa mengandung, bersalin, dan selepas bersalin nanti.

Tetapi, harus diingat – beg panas ini tidak sesuai diletakkan pada bahagian abdomen atau perut ibu mengandung ya!

3. Membantunya Mengawal Pernafasan

Salah satu cara kurangkan sakit bersalin adalah melalui pernafasan yang beritma dan dalam.

Ingatkan isteri anda untuk menarik nafas sedalam-dalamnya semasa menghadapi kontraksi. Teruskan irama pernafasan begini setiap kali kontraksi dan anda akan mendapati kesakitannya akan menjadi lebih terkawal.

Foto Kredit: maerakluke.com

Foto Kredit: maerakluke.com

4. Sentuhan & Belaian

Pegang tangannya, belai lembut ubun-ubunnya, dan berilah pelukan apabila perlu.

Kajian menunjukkan, selain memberi kelegaan daripada sakit-sakit bersalin, ia juga akan merembeskan hormon endorfin serta oksitoksin yang dapat membantu ibu berasa lebih gembira.

cara kurangkan sakit bersalin

Foto Kredit: salamatnews.com

5. Meditasi

Proses meditasi seperti yang kita biasa nampak dalam yoga adalah sejenis teknik menenangkan fikiran.

Semasa meditasi, kita akan menumpukan perhatian kepada visualisasi perkara-perkara yang baik atau yang menggembirakan.

Bagi yang Muslim, anda boleh bersama-sama membacakan doa atau mengalunkan bacaan ayat-ayat al-Quran. Tenang sungguh rasanya.

Foto Kredit: pressa.tv

Foto Kredit: pressa.tv

6. Berbual

Walaupun ada yang lebih suka berdiam diri, namun ada wanita yang nampak selesa untuk berbual, kerana ia boleh melupakan seketika rasa sakit kontraksi.

Maka, bolehlah anda cuba ceritakan topik-topik santai kesukaan isteri. Contohnya pengalaman lucu anda berdua yang pernah dilalui.

Tapi, kalau si isteri nampak tak berminat atau kurang selesa, tak perlulah memaksanya untuk mendengar. Mungkin dia hanya mahu berehat dengan tenang.

Foto Kredit: medai.framar.bg

Foto Kredit: medai.framar.bg

7. Pastikan Cukup Minum Air

Salah satu cara kurangkan sakit bersalin adalah dengan meminum air kosong secukupnya.

Dehidrasi akan menjadikan kontraksi terasa lebih kuat kerana peredaran darah tidak mampu bergerak dengan lancar.

Apapun, pastikan isteri anda mengosongkan pundi kencing jika banyak air yang telah diminum.

sakit bersalin normal

8. Stok Makanan Berkhasiat

Stok makanan seperti kurma, ‘energy bar’, kekacang, atau buah-buahan dapat membekalkan tenaga yang secukupnya sebagai persediaan ke bilik bersalin.

Jadi, anda boleh menyiapkan stok ini dalam beg pakaian bayi atau membawa makanan seperti ini apabila kali datang melawat. Proses bersalin tentunya akan mengambil masa dan menggunakan tenaga yang banyak!

makan kurma

Foto Kredit: stayfitandfine.com

9. Cuba Kurangkan Gangguan Sekeliling

Jadi, jangan serabutkan diri anda atau isteri dengan menjawab panggilan telefon, melayari media sosial, memikirkan kerja yang tergendala, atau apa-apa gangguan luar yang lain.

Waktu ini dan selepas bersalin nanti, anda perlu benar-benar melindungi isteri anda dan fokus terhadap keadaan kesihatannya.

Sokongan Suami Sangat Penting

Selagi boleh, pandanglah isteri anda dan hargai setiap momen berharga anda berdua. Bantulah isteri anda sepenuh hati untuk melalui saat-saat ini kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Anggaplah ini semua sebagai praktis untuk anda memainkan peranan sebagai seorang bapa kelak!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×