40 Minggu

6 Perkara Yang Akan Menambah Kesakitan Semasa Bersalin

1.4K
SHARES

“Aduh, fobia sungguh nak menunggu hari ni. Nak kena buat apa ya nak kurangkan sakit bersalin normal? Orang kata anak pertama memang makan masa berjam-jam dalam ‘labour room’. Ish, mesti sakit ni…”

Sakit bersalin mungkin sesuatu yang amat kita geruni, lebih-lebih lagi sewaktu menunggu kehadiran anak pertama.

Macam-macam perkara yang dilakukan untuk mengurangkan sakit bersalin normal seperti mengurut perineum, makan kurma, dan melakukan senaman.

Tapi, tahukah anda sebenarnya ada beberapa perkara yang dapat menambah sakit bersalin?

Mengandung Selepas Bersalin

Foto Kredit: telegraph.co.uk

6 Perkara Yang Akan Menambah Sakit Bersalin Normal

Selagi boleh, cuba elakkan 8 perkara ini supaya sakit bersalin normal tidak bertambah buruk.

1. Berbaring Terlentang

Posisi berbaring terlentang semasa kontraksi bukan saja akan ‘menekan’ keseluruhan berat badan bayi dan rahim pada tubuh anda, ia juga menjadikan peredaran darah anda tidak lancar. Sebaliknya, cuba aktifkan diri untuk berjalan atau duduk.

Bukan setakat itu, posisi berbaring ini sebenarnya adalah berlawanan dengan arah kontraksi yang menjadikannya lebih sakit.

Jika terpaksa berbaring, pastikan anda mengiring untuk memberi sedikit kelegaan.

2. Rasa Takut

Ketakutan akan membuat kita berasa stres atau tertekan, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa yang patut dijangkakan.

Rasa tertekan ini menjadikan tubuh badan kita tidak menghirup udara dengan dalam, dada menjadi ‘ketat’, dan sakit bersalin akan bertambah buruk.

Sebab itulah penting untuk anda mengetahui serba-sedikit tentang proses bersalin supaya anda menjadi lebih bersedia.

Foto Kredit: pressa.tv

Foto Kredit: pressa.tv

3. Persekitaran Yang ‘Tegang’

Adakah….

  • anda bencikan jururawat atau doktor anda?
  • anda sedang bergaduh dengan pasangan anda?
  • suasana terlalu bising dan tidak selesa?
  • ada prosedur hospital yang tidak anda ingini telah berlaku?

Jangan biarkan perkara negatif ini meninggalkan kesan kepada anda, lebih-lebih lagi sewaktu mengalami sakit bersalin atau kontraksi.

Cuba bertenang dan bersikap memaafkan. Orang-orang sekeliling juga boleh memainkan peranan dalam membantu anda bersalin dengan lebih mudah.

pengalaman dalam bilik bersalin

Foto Kredit: gezondheidsnet.nl

4. Bersalin ‘Induce’

Ada yang kecut perut apabila mengimbau kisah lalu tentang pengalaman ‘overdue’.

Biasanya komplikasi yang menyebabkan seseorang wanita perlu di‘induce’ adalah kerana

  • kehamilan anda telah pun melebihi tempoh (overdue) dan dikhuatiri akan menjejaskan bayi dalam kandungan kerana apabila tidak memperolehi nutrien sebaiknya dari plasenta.
  • menghidap penyakit seperti darah tinggi kronik, kencing manis, jantung ataupun pendarahan semasa hamil.
  • air ketuban telah pecah tetapi servik tidak terbuka atau terlalu perlahan bukaannya walau telah melepasi tempoh 24 – 48 jam.
  • masalah pada bayi seperti petanda denyutan jantung tidak normal atau pertumbuhan yang terjejas.

Ada yang akan menerima suntikan, dipecahkan ketuban, atau dimasukkan ubat-ubatan. Sakit bersalin juga boleh bertambah apabila tubuh anda berinteraksi terlalu kuat terhadap ubat tersebut.

5. Bayi Posterior

Berbeza dengan bayi songsang, bayi posterior (iaitu tulang belakangnya pada tulang belakang ibu) boleh dilahirkan secara normal.

Namun, disebabkan kedudukan bayi ini, wanita akan mengalami sakit belakang yang amat kuat.

Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui sekiranya bayi anda berada dalam kedudukan anterior (hadapan).

Ada juga tips untuk memusingkan bayi supaya berada dalam kedudukan yang elok agar mudah dilahirkan.

sakit bersalin normal

Foto Kredit: birthinternational

6. Kurang Minum Air

Memandangkan setiap sel dalam tubuh badan bergantung kepada air untuk berfungsi dengan baik, dehidrasi boleh menjejaskan kontraksi dan menjadikannya kurang efisyen.

Oleh itu, pastikan anda mendapat cukup air walaupun semasa sibuk ‘berperang’ dengan kesakitan kontraksi.

Sebagai tips, bawalah bekas minuman yang lengkap dengan penyedut minuman untuk memudahkan anda minum pada bila-bila masa. Tindakan ini akan memberi efek yang sangat besar sewaktu anda menghadapi sakit bersalin normal.

Foto Kredit: whattoexpect.com

Kesakitan Bersalin Ada Hikmahnya

Benar, kita tak dapat lari daripada mengalami kesakitan semasa bersalin. Tapi, kita masih dapat mengawalnya kerana yang membezakannya adalah cara kita menangani kesakitan tersebut.

Menurut Dr. Denis Walsh menerusi BBC News, beliau menerangkan bahawa kesakitan bersalin ada manfaatnya yang tersendiri. Antaranya, dapat membantu mencari ‘rentak’ untuk meneran, menguatkan wanita secara emosi dan fizikal, serta memberi persediaan kepada wanita untuk melangkah ke alam keibuan.

Maka benarlah, tidak ada satu pun yang dicipta oleh Allah sekadar hanya untuk sia-sia. Sebab itulah Islam amat memuliakan semua insan yang bergelar ibu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×