40 Minggu

Pengalaman Bersalin Induce Sebab Overdue. Sakit Tak? Ada Risiko?

10.6K
reads
Bersalin Induce

Bersalin Induce

Biasanya bila kita dengar perkataan induce ni, bermacam-macam ketakutan mula terbayang. Ada dengar daripada orang yang induce ni sakit la, sehingga sanggup tak nak diinduce. Tapi sebenarnya bersalin induce sebab overdue ni adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan sangat. Ada juga yang terlampau risau kerana bila induce guna belon. Tidak kurang juga yang takut kena induce tetapi tiada epidural, terutamanya di hospital kerajaan.

Apa itu induce bersalin?

Tetapi sebelum itu, mari kita selami dulu apa maksud dan makna induce tersebut. Jika doktor anda berasa risau dengan kesihatan anda atau kesihatan bayi anda di penghujung kehamilan, doktor tadi mungkin menyarankan supaya mempercepatkan proses untuk bersalin tadi. Ini lah yang disebut sebagai induce. Daripada menunggu sakit untuk bersalin berlaku secara semulajadi, doktor mungkin menggunakan dadah atau prosedur untuk melakukan induce dengan lebih awal.

Tidak kira usia kandungan 36, 37, 38, 39 atau 40 minggu sekalipun, ikut kata doktor yang lebih mengetahui kondisi kita. Kalau ini anak pertama, tanya doktor betul-betul. Ikuti pengalaman yusrina yang kena bersalin induce sebab doktor cakap takut bayi lemas.

Pengalaman bersalin induce

Takut ada, seriau pun ada bila baca pengalaman induce yang dikongsikan di sini. Bagai sesiapa yang sudah dekat tarikh mahu bersalin, banyak-banyak berdoa pada Allah.

Bila kena jalankan prosedur induce?

1. Melebihi tarikah jangkaan bersalin

Bersalin induce sebab overdue ni sering disarankan bagi mereka yang telah menjangkau tarikh jangkaan bersalin selama 1 ke 2 minggu. Selepas 41 minggu, risiko untuk sebarang komplikasi adalah lebih besar kepada ibu dan bayi.

2. Air ketuban sudah pecah

Keduanya, air ketuban telah pecah tetapi anda belum merasa sakit untuk bersalin. Sebaik sahaja air ketuban pecah, anda dan bayi anda mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami jangkitan. Bagaimanapun anda mungkin tidak memerlukan induce serta-merta. Kadang-kala masih selamat untuk anda biarkan kesakitan tersebut datang dengan semulajadi.

3. Mengidap diabetes (kencing manis) dan darah tinggi

Seterusnya, anda mempunyai masalah kesihatan yang meletakkan anda dan bayi anda dalam bahaya. Terutamanya jika anda mempunyai diabetes, tekanan darah tinggi, doktor anda mungkin mahu anda induce.

Ujian telah menunjukkan bahawa bayi anda mungkin bermasalah. Pada kebiasaannya ia disebabkan oleh bayi anda yang membesar secara tidak normal atau mempunyai kadar degupan jantung yang luar biasa.

4. Masalah plasenta

Plasenta anda tidak berfungsi dengan sepatutnya, anda mempunyai terlalu sedikit cecair amnion atau bayi anda tidak membesar sebaik mungkin. Sebagai contoh, plasenta mungkin menjadi kurang berkesan di dalam menghantar zat-zat kepada bayi anda, meningkatkan risiko lahir mati atau masalah lain.

5. Masalah aliran darah pada bayi

Anda telah menghidap preeclampsia, sejenis keadaan serius yang membahayakan kesihatan dan menyekat pengaliran darah ke bayi anda.

6. Ada sejarah lampau

Jika anda pernah melalui episod kelahiran mati, anda disarankan untuk melakukan induce sebagai langkah berjaga-jaga. Lebih baik bersalin induce.

Apa risiko bersalin induce?

Dengan melakukan induce sebab overdue atau di atas apa-apa sebab sekalipun, anda perlu tahu risiko-risiko yang terlibat. Di antaranya adalah:

  • Anda perlu dibedah atau caesarean. Induce tadi akan menjurus kepada pembedahan jika serviks anda belum lagi menipis, melembut dan mengembang. Jika ini bayi pertama anda, risiko pembedahan setelah diinduce juga tinggi.
  • Bayi pra-matang. Jika induce dilakukan terlalu awal, ia mungkin menyebabkan bayi anda lahir pra-matang.
  • Kadar denyutan jantung rendah. Ubat-ubatan yang digunakan untuk induce iaitu oxytocin atau prostaglandin, mungkin menyebabkan terlalu banyak contraction. Ini boleh merendahkan bekalan oksigen kepada bayi dan merendahkan kadar denyutan jantung bayi.
  • Sesetengah kaedah dalam melakukan induce seperti memecahkan air ketuban boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada ibu dan bayi.
  • Masalah tali pusat. Induce akan meningkatkan risiko tali pusat turun ke bawah dan mengurangkan bekalan oksigen bayi.
  • Pendarahan selepas kelahiran. Otot rahim berisiko untuk tidak mengecut dengan elok selepas anda melahirkan bayi, yang akan menyebabkan pendarahan selepas kelahiran.

Akhir kata

Diharapkan anda sekarang telah faham sedikit sebanyak tentang bersalin induce sebab overdue dan risiko-risiko induce tersebut. Banyakkan berdoa sepanjang anda hamil semoga ianya dipermudahkan dan anda mendapat bayi yang sihat.

Yang Popular

To Top