40 Minggu

Bagaimanakah Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Paling Ideal?

1.7K
reads
posisi tidur ibu mengandung

“Wah tahniah, sudah berapa bulan ni? Tak apa, masih ada masa lagi sebelum baby keluar. Boleh lah banyakkan rehat dan dapatkan tidur, nanti dah bersalin, memang takkan ada masa nak rehatkan mata sekejap pun”

Betul ke masa mengandung susah tidur?

Bukankah apabila perut semakin membesar, makin sukar untuk mendapatkan tidur yang lena? Semua posisi rasa serba tak kena. Begitulah payahnya hendak mendapatkan posisi tidur ibu mengandung yang selesa. Berpusing-pusing dibuatnya! Kadang-kadang sampai pagi pun tak jumpa lagi posisi yang sebaiknya.

Isteri curang dengan lelaki lain

Foto Kredit: masterfile.com

Apakah Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Paling Ideal?

1. Tidur meniarap

Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk tidur dalam posisi ini sama ada anda mengandung atau tidak. Ini kerana seseorang yang tidur meniarap selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas akibat menanggung berat belakang badan yang besar.

Beban ini dipercayai menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

Tetapi, ada kalanya posisi tidur ibu mengandung ini memang pelik. Jika ini sahaja cara membuatkan anda dapat tidur, tidak mengapalah.

Awal kehamilan, masih ‘okay’ lagi jika anda tidur secara meniarap. Namun tidak digalakkan apabila perut semakin membesar kerana boleh membahayakan bayi dalam perut.

2. Tidur terlentang

Apabila masuk trimester kedua, elakkan tidur terlentang kerana uterus akan meletakkan tekanan pada saluran darah yang mengalir di jantung.

Jika anda berbaring dalam posisi ini dalam tempoh waktu yang lama, ia boleh menyebabkan pengaliran darah dan nutrisi ke plasenta dan bayi menjadi terhad.

Selain itu, tidur terlentang juga akan meletakkan beban pada bahagian pinggang anda menjadikan anda berasa cepat lenguh. Anda juga mungkin akan berasa pening.

Letih ketika hamil

Foto Kredit: babycenter.com

3. Tidur mengiring di bahagian kiri

Doktor-doktor Barat lebih menyarankan agar tidur dalam posisi ini kerana ia dapat mengelakkan uterus menekan hati dan membolehkan bayi menerima kandungan nutrisi yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, tidur mengiring ke kiri bukanlah yang paling ideal dalam praktis Islam kerana jantung ketika itu dihimpit oleh peparu kanan yang lebih besar dari peparu kiri.

Maka, posisi tidur ibu mengandung seperti ini dianggap kurang sesuai jika diamalkan selalu kerana mampu mengurangkan kecergasan jantung.

Foto Kredit: mombaby.tw

Foto Kredit: mombaby.tw

4. Tidur mengiring di bahagian kanan

Posisi tidur ibu mengandung yang paling dianjurkan dalam Islam ialah mengiring di bahagian kanan.

Terdapat sebuah kajian membuktikan bahawa makanan dari perut hanya mengambil masa sekitar 2.5 – 4.5 jam sampai ke usus apabila seseorang tidur mengiring ke kanan. Manakala, orang yang tidur mengiring ke kiri mengambil masa lebih kurang 5 – 8 jam bagi proses yang sama.

Kedudukan hati semasa tidur mengiring di bahagian kanan akan berada dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung. Manakala, perut pula dapat bertenggek diatasnya dengan baik. Keadaan inilah yang memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Menarik, bukan? Tidak hairanlah ini merupakan cara tidur yang paling disukai oleh Rasullah.

Cuba beberapa tips ini,

Hanya ibu mengandung yang faham betapa sukarnya melelapkan mata di malam hari, terutamanya apabila kandungan semakin membesar.

1. Oleh itu, cuba dapatkan posisi yang optimum dengan bantuan bantal-bantal yang selesa. Bantal-bantal yang selesa akan memberi sokongan kepada badan anda. Kini, ada yang direka khas untuk membantu posisi tidur ibu mengandung. Lihatlah saja bentuknya, sudah boleh membuat kita rasa mengantuk!

posisi tidur ibu mengandung

Foto Kredit: findhealthtips.com

2. Sebelum tidur, disarankan juga anda mandi terlebih dahulu untuk membantu anda lebih tenang dan selesa. Selain itu, anda boleh minum air panas sebelum tidur misalnya teh buah.

3. Tapi, lagi bagus jika anda minta suami urutkan badan kerana ia membantu pengaliran darah seluruh badan dan anda akan rasa lebih relaks. Hubungan pun akan menjadi lebih mesra!

Yang Popular

To Top