40 Minggu

Doktor Saran Ibu Hamil Untuk Tidur Mengiring Bila Kandungan Cecah 28 Minggu

28
SHARES

Tahukah anda sebenarnya kedudukan tidur sepanjang hamil juga memberi kesan pada kesihatan seseorang ibu? Oleh itu, terdapat banyak saranan pakar tidak menyarankan mereka yang hamil untuk tidur meniarap atau terlentang kerana ia tidak bagus untuk bakal ibu terutamanya apabila usia kandungan sudah mencecah 28 minggu.

Maklumlah, bila usia kandungan semakin besar, sudah bermacam-macam posisi tidur yang telah dicuba supaya boleh dapatkan tidur yang lebih lena.

DOKTOR SARAN IBU HAMIL BARING MENGIRING BILA KEHAMILAN CECAH 28 MINGGU

Jadi, seorang pegawai perubatan yang juga pakar sakit puan, Dr. Muhammad Izzat berkongsi kebaikkan ibu mengandung tidur dengan posisi mengiring dan ini sebabnya.

Mengiring ke kiri atau ke kanan tidak menjadi sebarang masalah. Cuma apa yang disarankan adalah untuk si ibu menetapkan posisi berbaring tersebut ketika awal waktu tidur. Jika tersedar dalam keadaan terlentang tanpa disedari ketika waktu tidur, itu tidak menjadi sebarang masalah.

Hal ini kerana, ada juga kajian yang dilakukan bahawa risiko untuk bayi meninggal secara mengejut adalah kurang apabila ibu baring dalam posisi mengiring.

“KALAU TERLENTANG, TAK BERNAFAS”

Terdapat beberapa komen dari warganet yang berpendapat bahawa mereka setuju dengan posisi tidur mengiring adalah lebih menyelesakan berbanding melentang. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya dimana mereka memilih untuk baring secara melentang kerana lebih selesa ketika waktu kehamilan.

Apa yang penting adalah cuba amalkan penjagaan kandungan mengikut apa yang disarankan oleh pakar terlebih dahulu. Jika tidak sesuai, anda cuba pula mengikut keselesaan diri masing-masing namun, pastikan selamat ya!

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×