Cantik

Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!

48
SHARES
posisi tidur

Salah satu posisi tidur yang bermanfaat ialah tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua kaki. Ia akan menjaga pinggul dan tulang berada dalam kedudukan yang ideal.

Malah, dapat mengurangkan tekanan pada tisu di belakang dan mengurangkan kesakitan. Justeru itu, mari mengkaji lebih mendalam tentang manfaat kesihatan tidur dengan bantal di antara kedua kaki.

Baca juga: Buat 4 SENAMAN PERNAFASAN Mudah Ini Bila Stres, Mental Lebih Tenang!

POSISI TIDUR LETAK BANTAL DI ANTARA DUA KAKI, 6 MANFAATNYA

posisi tidur

Gambar: freepik

1. Memperbaiki postur tidur

Menurut satu kajian, secara purata, orang menghabiskan 54 peratus masa mereka untuk tidur dalam posisi mengiring.

Apabila anda tidur mengiring, lutut atas terletak pada lutut bawah. Kaki bahagian atas sering jatuh ke hadapan, menyebabkan pinggul condong ke hadapan dan memberi tekanan pada tisu penghubung di pinggul dan tulang belakang.

Posisi ini kadangkala disebut ‘provocative side lying’ kerana ia mengganggu keselarasan semula jadi badan. Meletakkan bantal di antara lutut meningkatkan postur tidur dengan mengangkat bahagian atas kaki dan menghalangnya daripada berpusing.

2. Memberikan sokongan pada ibu hamil

Doktor biasanya mengesyorkan tidur mengiring semasa hamil, terutama pada bahagian kiri kerana dirujuk sebagai posisi yang ideal. Dipercayai tidur di sebelah kiri membolehkan peredaran darah yang optimum dan menghalang rahim daripada melekat pada hati.

Bagaimanapun, tinjauan kajian 2019 mendapati tidur mengiring ke kanan dan kiri adalah sama selamat untuk wanita hamil dan bayi dalam kandungan.

Tidak kira di sebelah mana anda tidur, meletakkan bantal di antara kedua-dua kaki boleh membuat tidur mengiring lebih selesa dan mengurangkan sakit belakang kerana tulang belakang kekal neutral.

Baca juga: Patutlah Tangan Kena Sesemut Lepas Bangun Tidur, 6 Punca Ini Orang Ramai Perlu Tahu!

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

3. Mengurangkan sakit belakang dan pinggul

Satu kajian menganggarkan sehingga 23 peratus daripada populasi dewasa di dunia mengalami sakit belakang kronik. Memperbaiki kedudukan tidur menjadi salah satu cara untuk mengurangkan sakit pinggang akibat postur badan yang buruk.

Tidur dengan bantal di antara kedua-dua kaki boleh membantu menjaga keselarasan sepanjang malam. Posisi tidur yang baik dapat membantu menghilangkan ketegangan pada ligamen atau otot yang meradang penyebab ketidakselesaan.

4. Bantu meredakan kesakitan herniated disc

posisi tidur

Gambar: jcomp

Herniated disc boleh menyebabkan sakit saraf yang menyakitkan. Misalnya, anda mengalami herniated disc atau sakit pinggang. Dalam kes ini, meletakkan bantal di antara kaki boleh memberikan keselesaan pada waktu malam.

Tidur dengan bantal di antara kaki boleh menghalang pinggul anda daripada bergerak untuk membantu pelvis dan punggung bawah berehat dengan lebih mudah dan berehat semasa tidur.

Baca juga: Doktor Kongi 5 Cara Untuk Pisahkan Anak Dengan ‘Bantal Busuk’

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

5. Meningkatkan peredaran darah

Jika anda sering bangun dengan anggota badan yang terasa sakit, kesemutan, kebas, atau kaki bengkak, ini mungkin disebabkan oleh peredaran darah yang lemah.

Menaikkan kaki lebih tinggi daripada jantung anda boleh membantu meningkatkan peredaran darah pada waktu malam dan membantu mencegah varises. Meletakkan bantal wedge di antara kaki anda atau di bawah lutut anda akan sangat bermanfaat.

6. Meredakan sakit lutut

Individu yang sering mengalami sakit lutut mungkin akan mengalami gejala yang lebih teruk jika lutut mereka terletak di atas satu sama lain.

Ini boleh menjadi masalah terutamanya bagi orang yang tidur mengiring, yang mungkin terdedah kepada ketidakseimbangan tulang belakang kerana kedudukan tidur mereka.

Meletakkan bantal di antara kaki anda akan membantu mengurangkan tekanan pada lutut anda dengan mengagihkan beban satu kaki dengan lebih sama rata ke atas kaki yang lain.

Baca juga: Tiap Kali Naik Kenderaan Mesti Rasa ‘Mabuk’, Buat Petua Ini Mesti Elok!

Sumber: IDN Times

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×