Asuh

Doktor Kongi 5 Cara Untuk Pisahkan Anak Dengan ‘Bantal Busuk’

3
SHARES

‘Bantal busuk’ dan anak kecil memang tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk memeluknya sewaktu ketiadaan ibu bapa mereka. Menurut Doktor Redza Zainol, anak kecil yang sering berjauhan dengan ibu bapanya telah menyebabkan timbul rasa gelisah dan tidak selesa dalam diri mereka.

Jika anak anda masih lagi ‘bersama’ bantal busuk dan tidak mahu berenggang langsung setelah menginjak sedikit dewasa, apa kata guna cara yang dikongsikan oleh Doktor Redza Zainol seperti di bawah.

Baca juga: Bapa Kongsi Pengalaman & Cara Guru Boleh Bantu Murid ‘Selective Mutism’ Di Sekolah, Jangan Abai Terus!

DOKTOR KONGSI 5 CARA UNTUK PISAHKAN ANAK DENGAN ‘BANTAL BUSUK’

Gambar hiasan: Redaksi.com

“Pernah basuh bantal ni?” Saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk.

Maknya geleng saja.

Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.

Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.

Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu.

  • Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan.
  •  Hanya bersifat sementara.
  • Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan “bantal busuk” pada usia 2-5 tahun.

Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah. Bukan tu saja, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.

SATU KAJIAN MENYATAKAN, ANAK SEUSIA 3 TAHUN BERADA DI RUMAH PENGASUH SELAMA SEHARIAN CENDERUNG UNTUK…

Ada 1 kajian dibuat, si kecil usia 3 tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/ selimut/ patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.

Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah. Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat.

5 CARA UNTUK CUBA PISAHKAN ANAK DENGAN BANTAL BUSUK:

Gambar hiasan: Bidadari.My

Kalau anak dah umur 5 tahun dan masih tak boleh berpisah dengan bantal/ patung/ selimut busuk, boleh cuba 5 cara ni:

1. Peluklah anak dan beri perhatian setiap hari, supaya anak tak bergantung kepada “bantal busuk” sahaja untuk dapat ketenangan.

2.  Tetapkan had.

Contoh:

“Harini kita tinggalkan Teddy dekat rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor..”

3. Minta anak tolong jaga “bantal busuk”.

Contoh:

“Teddy pon kena mandi barulah wangi macam adik..”

4.  Jangan melekehkan “bantal busuk” anak.

5. Jangan paksa anak tinggalkan “bantal busuk”nya jika dia belum bersedia.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.

Sumber: Twitter Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×