Asuh

Bapa Kongsi Pengalaman & Cara Guru Boleh Bantu Murid ‘Selective Mutism’ Di Sekolah, Jangan Abai Terus!

13
SHARES

Berdasarkan perkongsian oleh Khairul Abdullah, ‘Selective Mutism’ atau ‘Bisu Terpilih’ merupakan kanak-kanak yang tidak boleh bercakap dalam keadaan atau ‘setting’ tertentu, tetapi boleh bercakap dengan baik, lancar dan jelas pada keadaan yang lain. Di rumah banyak bercakap tetapi di sekolah ‘diam seribu bahasa’ pula.

Guru usah risau! Anak-anak ini boleh dirawat, kerana beliau telah kongsikan cara guru di luar sana untuk bantu anak murid yang berkenaan. Ini merupakan pengalamannya sendiri sewaktu merawat anak lelakinya yang juga penghidap ‘Selective Mutism’ dan kini berjaya menunjukkan perubahan yang besar.

Baca juga: Biar Ibu Bapa Jadi Tempat Anak Tagih Perhatian & Kasih, Bukan Dengan Orang Luar

BAPA KONGSI PENGALAMAN & CARA GURU BOLEH BANTU MURID ‘SELECTIVE MUTISM’ DI SEKOLAH, JANGAN ABAI TERUS!

Anak bongsunya bernama Khaleed yang menghidap Selective Mutism, kini menunjukkan perkembangan yang baik setelah Khairul mengaplikasikan apa yang dibelajar bersama pakar.

Untuk para cikgu, jika anak murid korang jenis senyap membisu dan tak bercakap langsung di sekolah, cuba check sama ada murid tersebut menghidap “Selective Mutism” atau “Bisu Terpilih.”

Bukan murid tu tak boleh bercakap, tapi dia sangat petah bercakap di rumah dengan ahli keluarga. Hanya di sekolah dia senyap membisu.

Macamlah anak bongsu aku si Khaleed ni.

Dia kalau bercakap sangat annoying okay. Tapi kalau keluar saja dari rumah, dia akan senyap dan memilih dengan siapa dia bercakap.

Dengan atok dia pun dia tak pernah bercakap, dengan mak pak sedara dia pun dia memiih yang tertentu sahaja. Di sekolah lagilah senyap membisu.

CARA GURU UNTUK MEMBANTU MURID YANG MENGHIDAP SELECTIVE MUTISM:

Gambar hiasan: StayPrepared.sg

So, aku jumpa pakar dan dapatkan rawatan. Banyak yang aku belajar okay.

Dari apa yang diajar kepada aku oleh doktor dan juga dari buku dan nota research maka, berikut adalah perkara yang para cikgu boleh bantu murid yang mengidap Selective Mutism ini.

1. WUJUDKAN TALI HUBUNGAN MESRA DENGANNYA

Establish contact dengan murid tersebut. Jangan paksa dia bercakap tetapi biar dia kenal dan rapat. Biasanya murid begini dia buat saja apa disuruh, cuma dia tak bercakap. So beli jiwa dia dulu. Kenali dan rapati dia.

2. JANGAN ABAIKAN MURID TERSEBUT

Jangan ignore tau murid macam ni. Lagi buat tak peduli kat dia lagilah dia membisu sampai habis sekolah. Dah masuk universiti pun ada yang tak bercakap juga. Tunjukkan yang murid tadi adalah penting sama macam murid lain.

3. JANGAN DIPAKSA DIA BERCAKAP

Jangan paksa depa bercakap. Jangan marah-marah bila depa tak bersuara dan menjawab soalan. Bukan depa tak nak tetapi anxiety menguasai diri depa.

4. BERIKAN SOKONGAN & DORONGAN

Gambar hiasan: RaisingChildren

Boleh encourage murid tadi agar berbisik untuk menjawab atau memberitahu sesuatu. Just pergi dekat, tanya soalan perlahan dan rapatkan telinga ke muka dia agar dia dapat jawab dengan perlahan.

Selalu cuba, sebab sekali dua belum tentu berjaya.

5. JANGAN DIHUKUM APABILA DIA TIDAK MAHU BERCAKAP

Jangan hukum murid yang tak nak bercakap ni. Dia macam hukum budak yang patah kaki tetapi kita suruh dia lompat. Mana mahunya. Kalau hukum dia, lagilah dia tak bercakap langsung.

6. UTAMAKAN KEPERLUAN DIA

Cuba utamakan keperluan dia. Cuba tanya kat mana dia selesa duduk dalam kelas tu. Meja tepi tingkap ke, belakang ke, sebelah sesiapa ke atau dalam group mana ke.

Depa akan angguk atau geleng untuk menjawab atau paling bagus gabungkan teknik nombor 4 tadi.

7. SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA MURID BERKENAAN

Selalu berhubung dan berkomunikasi dengan mak ayah murid tersebut. Cuba sama-sama cari punca dan juga cari jalan untuk sama-sama membantu murid tadi.

8. MAKLUMKAN KEPADA IBU BAPA UNTUK ANAKNYA DAPATKAN RAWATAN DARIPADA PAKAR

Dalam kes tertentu yang tak dapat dibantu, mohon maklumkan kepada mak ayah untuk bawa anak tersebut berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk didiagnos dan dibantu dengan segera.

JANGAN RISAU! ANAK-ANAK YANG HADAPI ‘BISU TERPILIH’ BOLEH DIRAWAT

Itulah serba sedikit yang para cikgu boleh buat di sekolah untuk bantu murid-murid yang hadapi “selective mutism” atau “bisu terpilih” ini. InshaAllah dengan bantuan para guru dan juga usaha mak ayah sendiri, isu anak SM ini akan dapat diatasi dengan segera.

Sama macam anak aku ni, selepas jumpa pakar, selepas aku belajar segala benda dari pakar maka aku praktikkan. Slowly nampak perubahan yang ketara.

Dia dah mula berbisik dengan guru-guru di sekolah. Sesekali terdengar juga suara dia agak kuat. Dengan mak pak sedara dia pun dah mula ada sepatah dua kata yang keluar dari mulut dia.

So, benda ni boleh dirawat. Kita kena sama-sama bantu. Mak ayah kalau ada cikgu bagitahu anak tak bercakap di sekolah padahal anak kemain becok di rumah, maka ketahuilah anak itu ada selective mutism atau bisu terpilih ini.

Bantulah dia.

Banyak benda dia terlepas di sekolah sebab masalah ini. Ada kes anak sampai habis sekolah pun tak bercakap dengan orang. Kesian dia okay.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×