Asuh

6 Bahaya Beri Bayi Minum Air Kosong, Ibu Ayah Kena Alert!

8.5K
SHARES
bahaya beri bayi minum air

“Eh nampak macam hauslah dia ni, lagipun cuaca panas terik di luar tu… Agaknya, boleh tak bagi bayi minum air kosong?”

Mungkin ada yang belum tahu, bahawa bayi bawah 6 bulan tak boleh minum air masak atau air kosong.

Malah, kebanyakan doktor pakar berpendapat bayi bawah umur 1 tahun tidak patut diberi minum air kosong, kecuali atas keperluan tertentu – seperti untuk membersihkan lidah atau mulut selepas makan.

Takkan Bayi Minum Air Kosong Pun Bahaya?

Memang umumnya kita tahu bahawa air masak bagus untuk kesihatan. Tetapi, ia hanyalah termaktub kepada orang dewasa, bukannya bayi.

Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara ekslusif buat 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud menyusu semata-mata, tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air kosong.

Walaupun cuaca panas terik, bayi sebenarnya tidak memerlukan air kosong, lebih-lebih lagi yang menyusu badan. Sesetengah doktor berpendapat, bayi yang diberi susu formula boleh diberikan sedikit air kosong.

Tetapi, memberinya minum dengan banyak dapat mendedahkan bayi kepada risiko penyakit!

6 Bahaya Beri Bayi Bawah 6 Bulan Minum Air Kosong

Berikut adalah 6 bahaya pemberian air kepada bayi bawah usia 6 bulan, menurut National Lactation Centre, Malaysia :

  1. Menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan menyebabkan bayi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan alergi.
  2. Water intoxication atau berlebihan air menyebabkan bayi kenyang air dan tidak mahu menyusu.
  3. Mengganggu penyusuan di mana bayi kurang menyusu, lalu menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas.
  4. Berisiko menghadapi masalah kekurangan zat kekurangan makanan.
  5. Membebankan ginjal bayi yang belum matang untuk memprosesnya.
  6. Mengganggu fungsi tubuh bayi sehingga boleh menyebabkan kematian.

bahaya beri bayi minum air kosong

Berdasarkan beberapa kajian lagi, berikut adalah antara sebab lagi mengapa bayi tidak perlu minum air sebelum usia 6 bulan.

1. Risiko Cirit-birit

Pertamanya, air masak atau air kosong berisiko untuk didapati daripada sumber yang tidak bersih.

Kadangkala, pencemaran yang terdapat di dalamnya dapat bertahan dalam badan orang dewasa, tetapi amat merbahaya kepada bayi, terutamanya bayi yang baru lahir.

2. Menyebabkan Bayi Kurang Menyusu

Salah satu lagi sebab penting mengapa ditegah bayi minum air kosong adalah kerana ia boleh menjejaskan selera bayi untuk menyusu akibat perut yang sudah penuh.

Bayi juga akan kerap tertidur, lalu menyebabkannya terlepas waktu penyusuan. Hal ini menjadi punca bayi kekurangan zat akibat kurang menyusu.

Tumbesaran bayi boleh terjejas sehingga terjadinya kurang berat badan, malnutrisi, atau bantut.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif

Foto Kredit: popsugar.com

3. Susu Ibu Terjejas

Penghasilan susu badan adalah bergantung kepada permintaan bayi. Biasanya, ia mempunyai kekerapan yang tertentu dan spesifik kepada keperluan bayi tersebut.

Apabila bayi minum air kosong dan kurang menyusu, penghasilan susu ibu juga akan turut terjejas. Jika keadaan ini berterusan, susu ibu akan kering dan bayi terpaksa bertukar kepada susu formula.

4. Susu Ibu Sudahpun Mengandungi 80% Air

Sebenarnya, susu ibu telahpun mengandungi kuantiti air yang diperlukan oleh bayi. Jika bayi menangis kerana dahaga, berilah susu badan sehingga dia puas.

Bagi bayi yang meminum susu formula pula, anda boleh memberi sedikit air kosong (sekadar perlu) kepada bayi kerana bayi yang meminum susu formula lebih mudah terhidrat.

Selain itu, anda perlu memastikan bancuhan susu tepung dan air masak anda adalah mengikut sukatan yang sebenar.

Menurut doktorbudak.com, banyak kes-kes telah dirujuk ke hospital di mana bayi mengalami kekeringan atau dehidrasi disebabkan kesilapan penjaga atau ibubapa dalam penyediaan susu.

bayi minum air kosong

Foto Kredit: kidspot.com.au

5. Bahaya ‘oral water intoxication’

Dalam sebuah artikel Reuters, kajian mengesahkan bayi minum air kosong terdedah kepada keadaan yang disebut ‘oral water intoxicaton’.

Secara ringkasnya, ia adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Kehadiran terlalu banyak air akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal.

Dalam kes-kes teruk, bayi boleh mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.

Contoh Ayat Motivasi Ketika Sakit Bersalin

Foto Kredit: standard.net.au

Boleh Diberi Selepas 6 Bulan, Tetapi Dalam Jumlah Terkawal

Selari dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menekankan bahawa pemberian air kosong kepada anak kecil, terutamanya bayi berumur bawah 6 bulan adalah tidak perlu sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak salah jika bayi lebih daripada 6 bulan boleh diberikan sedikit air kosong dalam sudu ataupun cawan kecil, sekadar beberapa teguk selepas makan.

Bayi juga boleh diberikan sedikit air untuk membersihkan kesan susu di lidah bayi tersebut.

Jika mereka sembelit, dapatkanlah nasihat doktor sebelum memberi bayi minum air kosong untuk melegakannya.

Panduan Pemakanan Bayi Lengkap boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×