40 Minggu

Senarai Hospital Mesra Suami, Boleh Temankan Isteri Bersalin Dalam Labour Room

9.5K
reads
Hospital Mesra Suami

Hospital Mesra Suami

Naluri isteri, dia mahukan peneman. Walaupun ada isteri yang tidak menzahirkan dengan kata-kata, jauh di sudut hati, dia inginkan suami teman isteri ke dalam bilik bersalin. Tidak ada yang lebih manis bagi isteri tatkala bertarung nyawa melahirkan bayi, suami ada di sisi memberi motivasi dan kata-kata semangat. Walaupun gembira dengan kedatangan bayi dalam keluarga, ada ketikanya sukar untuk mengatasi rasa takut bersalin.

 

Wahai suami…

Buat para suami, ambil peluang ini untuk melihat sendiri proses kelahiran bayi. Dengan nafas isteri yang tercungap-cungap, proses teran yang panjang dan sedikit jeritan pasti akan menginsafkan suami. Genggam tangan isteri dan berilah kata-kata perangsang. Hafal dan baca surah-surah tertentu agar isteri dipermudahkan bersalin. Maafkan semua dosa-dosa isteri.

 

Hospital Mesra Suami

Foto Kredit: damansaradamaimc.wordpress.com

Senarai Hospital Mesra Suami

Kami cuba mencari maklumat di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari senarai hospital mesra suami. Senang cerita, yang husband-friendly. Namun, tidak banyak maklumat yang diperolehi.

Justeru, kami beralih ke laman sosial Facebook. Hasil perbincangan di laman sosial, ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman di mana suami dibenarkan masuk menemani isteri semasa bersalin. Mereka juga menyenaraikan hospital mana yang membenarkan dan bagi suami masuk untuk teman isteri.

 hospital-serdang-pengalaman-bersalin

Polisi Hospital Rakan Suami

Untuk pengetahuan, suami dibenarkan menemani isteri semasa proses kelahiran berdasarkan kepada kekosongan tempat dan peraturan yang ditetapkan.

Harus diingat, ada hospital yang menetapkan bahawa suami perlu menghadiri kursus dahulu. Ada juga hospital yang cuma panggil suami teman bila saat-saat isteri tengah meneran, di mana bayi hampir keluar. Maka tidak dapat teman sepanjang masa.

Menurut sumber dari Hospital Teluk Intan, berikut adalah polisi hospital rakan suami:

  • Kemudahan teman di Bilik Bersalin adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat (hanya terdapat satu bilik bersalin ‘Rakan Suami’ dan hanya seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu masa).
  • Hanya suami pesakit dibenarkan menemani isteri di Bilik Bersalin.
  • Kebenaran menemani isteri bersalin bergantung kepada keadaan semasa di bilik
    bersalin dan di atas budi bicara ketua jururawat / jururawat bilik bersalin.
  • Suami dibenarkan berada di sisi isteri sehingga proses kelahiran selesai, namun sentiasa bersedia untuk keluar dari bilik bersalin apabila diminta berbuat
    demikian oleh anggota bilik bersalin.
  • Proses keluar masuk suami ke bilik bersalin mesti mendapat kebenaran
    jururawat terlebih dahulu. Suami dibenar keluar dua kali sahaja.
  • Privasi pesakit lain perlu dihormati. Suami dilarang menjenguk ke bilik lain atau
    menjadi penyampai maklumat kepada orang lain.
  • Perakam video, kamera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke
    bilik bersalin.
  • Sentiasa memakai ‘gown’ dan pas pelawat khas yang disediakan sepanjang
    berada di bilik bersalin.
  • Suami dilarang makan atau minum di dalam Bilik Bersalin.

Walaupun ada senarai yang kata suami dibenarkan masuk, ada saatnya suami tidak dibenarkan masuk iaitu apabila:

  • Isteri kena jalani pembedahan caesar (czer), bukan bersalin normal
  • Isteri kena vakum

Yang penting, jangan marah-marah dan salahkan pihak hospital. Tenangkan diri.

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Kerajaan)

Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya

PENTING!: Senarai ini bukan yang rasmi. Kami mengambil maklumat dan sumbangan para pembaca di laman sosial. Bermakna, terbukti bahawa suami mereka dibenarkan masuk.

Untuk mengetahui senarai yang betul-betul rasmi dan telah dikemaskini, sila hubungi pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat yang lebih tepat.

1. Perlis

Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

2. Kedah

Hospital Sultanah Bahiyah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Abdul Halim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kulim – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Langkawi – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Baling
Hospital Sik
Hospital Yan
Hospital Jitra
Hospital Kuala Nerang

3. Pulau Pinang

Hospital Pulau Pinang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seberang Jaya
Hospital Bukit Mertajam – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kepala Batas
Hospital Sungai Bakap
Hospital Balik Pulau

4. Perak

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River – suami boleh masuk teman isteri saat bayi mahu keluar sahaja
Hospital Batu Gajah
Hospital Kuala Kangsar
Hospital Tapah
Hospital Parit Buntar
Hospital Kampar
Hospital Sungai Siput
Hospital Selama
Hospital Gerik
Hospital Changkat Melintang

5. Selangor

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Selayang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Serdang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kajang
Hospital Banting
Hospital Ampang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Kubu Baru
Hospital Tanjung Karang
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Hospital Sungai Buloh – suami boleh masuk teman isteri

 

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur – suami boleh masuk teman isteri

 

7. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hospital Putrajaya – suami boleh masuk teman isteri

 

8. Wilayah Persekutuan Labuan

Hospital Labuan

 

9. Negeri Sembilan

Hospital Tuanku Jaafar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tuanku Ampuan Najihah – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Tampin
Hospital Port Dickson – suami boleh masuk teman isteri, kena isi borang dulu
Hospital Jelebu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Jempol

 

10. Melaka

Hospital Melaka – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Alor Gajah
Hospital Jasin

 

11. Johor

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultanah Fatimah, Muar – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Batu Pahat – suami boleh masuk teman isteri, kena pergi kursus dahulu
Hospital Kluang – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Segamat – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kota Tinggi
Hospital Pontian
Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai jaya
Hospital Tangkak
Hospital Mersing – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru – suami boleh masuk teman isteri

 

12. Pahang

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Lipis – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Bentong
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
Hospital Raub
Hospital Jerantut
Hospital Jengka
Hospital Muadzam Shah
Hospital Pekan

 

13. Terengganu

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kemaman
Hospital Dungun
Hospital Besut
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Setiu

 

14. Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kuala Krai
Hospital Pasir Mas
Hospital Tanah Merah
Hospital Tumpat
Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Machang
Hospital Gua Musang
Hospital Jeli

 

15. Sarawak

Hospital Umum Sarawak, Kuching – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Sibu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Miri
Hospital Bintulu – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Kapit
Hospital Sarikei
Hospital Sri Aman
Hospital Saratok
Hospital Kanowit
Hospital Limbang
Hospital Serian
Hospital Daro
Hospital Betong
Hospital Bau
Hospital Mukah
Hospital Simunjan
Hospital Marudi
Hospital Lundu
Hospital Lawas

 

16. Sabah

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Likas) – suami boleh masuk teman isteri
Hospital Duchess of Kent
Hospital Tawau
Hospital Keningau
Hospital Lahad Datu
Hospital Beaufort
Hospital Kudat
Hospital Kota Belud
Hospital Sipitang
Hospital Tenom
Hospital Ranau
Hospital Papar
Hospital Kinabatangan
Hospital Kota Marudu
Hospital Semporna
Hospital Beluran
Hospital Tambunan
Hospital Kunak
Hospital Pitas
Hospital Kuala Penyu


Senarai Hospital Rakan Suami Di Bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

  • Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan – suami boleh masuk teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM / UMMC)  – sudah dimansuhkan. suami tidak lagi dibenarkan teman isteri
  • Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – suami boleh masuk teman isteri

Senarai Hospital Rakan Suami Mengikut Negeri (Hospital Swasta)

Maaf, kami belum sempat membuat kajian untuk hospital swasta. Pada hemat kami, kebanyakan hospital swasta membenarkan suami menemankan isteri.

 

Bagaimana dengan pengalaman anda?

Adakah anda salah seorang yang bernasib tidak baik? Suami anda tidak dibenarkan masuk untuk menemai anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Dan jika ada senarai di atas yang tidak betul dan belum dikemaskini, kongsikan juga dengan kami di ruangan komen.

Semoga segala maklumbalas anda dapat membantu bakal ibu yang sedang berdebar-debar dan menghitung hari!

 

Carian Yang Berkaitan:

  • hospital mesra suami
  • kursus bersalin untuk suami
  • hospital kerajaan yang bagus untuk bersalin
  • senarai hospital kerajaan yang suami boleh tengok isteri bersalin
  • hospital tanjung karang boleh ke suami tengok isteri bersalin
  • hospital segamat diwajibkan atau tidak untuk para suami isteri hadiri ceramah rakan suami
  • boleh tak suami teman kat hospital kerajaan
  • klinik swasta untuk kelahiran di labuan
  • hospital serdang boleh sumi teman isteri bersalin?
  • senarai hospital mesra suami
93 Comments

93 Comments

  1. mun

    April 14, 2015 at 2:09 pm

    Ppum dah mansuhkan suami boleh teman isteri ..masa sy bsalin 5.2.2104

  2. saa

    April 14, 2015 at 3:04 pm

    hospital port dickson suami bleh msuk teman isteri tp kna isi form dlu…msa sy tmpoh hari suami x sempat msuk bby dh nk kluar…hospital kuala krai pun bnarkan suami teman isteri

  3. ain

    April 14, 2015 at 3:28 pm

    Sya bersalin suami temankan tp di klinik swasta la….klinik pakar wanita/bersalin kapar,selangor… 🙂

  4. noniefarhana

    April 14, 2015 at 4:08 pm

    Sepatutnya bg je suami tu teman biar suami tu nampak jerit perih istri.biar insaf skit dorang.tau nk hargai istri tu.jgn bg istri tanggung sorang2.xaci la sdp sama2 tp tanggung skt sorg2 jek

  5. naha

    April 14, 2015 at 4:25 pm

    HSNZ Kuala Terengganu benarkan suami @ ibu masuk LR…blh teman dr awl smpai bsalin…

  6. syasya

    April 14, 2015 at 5:00 pm

    Saya alhamdulillah 2 orang anak saya suami teman…

    Pada saya bila suami teman hilang rasa takut nak bersalin. Tak leh bayang kalau bersalin lagi suami tak boleh masuk…mau nangis dibuatnya…

  7. fiza

    April 14, 2015 at 5:40 pm

    sy bsalin kt hospital selayang. dh 3org kt sna. suami teman masa kt labour room. tp dgr cite hospital selayang suami dh xboleh masuk. tak tahu betul or x.

  8. zai

    April 14, 2015 at 6:19 pm

    Sy bersalin d Hospital Kuala Krai pd Mac 2015..alhamdulillah, doktor bertugas benarkan suami masuk LR utk bg sokongan.

  9. fisya

    April 14, 2015 at 7:13 pm

    Yes Hospital Serdang suami dapat masuk sebaik isteri dihantar ke labour room.Sya suka Hosp Serdang sebab layanan nurse serta doc di labour room sangat baik.Siap suapkan sy minum sebaik selepas bersalin.

    • normala

      September 28, 2016 at 2:58 pm

      yup..pemgalaman bersalin twins di hospital serdang pasa 2012 mmg terbaik..stat masuk LR suami bole teman smpi saat bersalin..even masa proses vacum 1st bby pon suami ade di sisi sehingga selesai sume..pas bersalin dan selesai sesi jahitan nurse bagi secawan milo panas..

    • maya

      April 11, 2016 at 2:59 pm

      Sy pun trauma dengan PPUM… sombong2 doktornya… berlagak….misi pun sama.. ada misi yg baiknya juga tp sorg dua je… yg lain sombong….

  10. shida

    April 14, 2015 at 8:42 pm

    Hos.p.pinang suami blh temankan. Tp, baby sy pre-matured so suami xblh msk… sedeh…

  11. Sarah

    April 14, 2015 at 8:57 pm

    Hospital batu pahat boleh teman isteri sepanjang proses persalinan. X perlu kursus. Cuma sebelum masuk ada bg serba sedikit penerangan buat suami.

    • Mia

      May 6, 2015 at 4:54 pm

      Betul ke xpayah kursus ? Tadi pergi klinik desa masa check up . Nurse cakap suami & isteri kena dengar ceramah dulu kalau nak suami teman dalam wad bersalin . Mana satuu ni ?

  12. Ifa

    April 14, 2015 at 10:34 pm

    Anak pertama dan anak ke2 Tahun lepas bln 22 October 2014 bersalin Hospital Selayang suami Sy teman sampai baby keluar. Alhamdulillah dpt layanan yg baik
    Nurse pun baik2

  13. Msofea

    April 14, 2015 at 11:42 pm

    Hosp Sg Buloh suami boleh teman time baby betul2 nak kuar je (Normal)…time menunggu bukaan di labour room suami tak boleh teman tak kisah la brape jam pun.. pengalaman sendiri baru je deliver 23feb aritu…

  14. nor masturah

    April 15, 2015 at 12:08 am

    Saya bersalin pd 24.11.2014 di Hospital tengku anis pasir puteh n suami dibenarkan masuk labor room.

  15. yin

    April 16, 2015 at 10:07 am

    hosp.wnita dn knak2 sabah (likas) x bnrkn suami msuk LR kcuali suami yg ada ikut kursus fmly frndly…

  16. pn mila

    April 16, 2015 at 1:37 pm

    Hospital grik suami boleh teman isteri msa baby dh nk kluar…

  17. pengalaman

    April 16, 2015 at 2:01 pm

    Hospital Ampang, suami dibenarkan masuk.
    1) Pro – Ok, layanan pon mesra tp depends pada situasi kot.
    2) Cons – Nurse berpenglamn tu kecik ati sbb tny dia mna doktor sbb kepala baby dah keluar. bleh lak dia kata “klu nak tggu doktor bleh tp dia tgh layan pesakit lain (jahit luka). So bleh la saya handle pesakit lain pulak”. mana la kita tau yg nurse tu yg akan sambut kelahiran. walupn dia buat mcm iklhas x ikhlas tp msh handle dgn baik. Kena share bilik ramai2 slps bersalin (bertuah masa tu bilik dah penuh, so dpt bilik yg selesa, share dgn 2 org je)

  18. Pza

    April 16, 2015 at 4:59 pm

    Hosp Sultan Ismail (HSI) Johor. Undang2 dia ketat..kalau tak ada bwk sijil nikah @ kad nikah suami tak blh masuk..walhal dh tunjuk 2 org anak punya Mykad bukti yg itu suami kita..pun x blh masuk apeda..undang2 kunun

  19. zaleha

    April 16, 2015 at 6:01 pm

    sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sblh..

    sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sbl sy br 3ari lps bsln twins kt hosp sultan ismail jb…mmg suami blh msuk tp dsbbkn bby sy premature n sy bsln normal nurse x bg suami teman..
    sedih..btarung nyawa nk kua kn twins secare normal tanpa suami..
    spnjg proses bsln sy bygkn suami sy ade kt sblh..

  20. muliani

    April 18, 2015 at 12:28 pm

    saya bersalin dekat hospital sultanah nur zahirah di kuala terengganu. suami boleh masuk. hehe

  21. faezah

    April 23, 2015 at 1:25 am

    Hospital mlk boleh tpi kena ambik kursus dahulu. Dah tu masa sya nk bersalinkan ank no.3 saya thn 2010 masa buat pendaftaran tuk kursus bersalin tu ada lak syarat nya lak. Kata nurse tu ank sulung sahaja digalakan. Ank no. 2 n 3 x digalakan sebab klu kursus pun benda yg sama juga jdi ramai ayah2 yg tido..kecewa sgt.

  22. kiera

    April 30, 2015 at 12:57 am

    informasi yang sangat berguna.
    Boleh share di blog saya tak? terima kasih 🙂

  23. azanna radzuan

    May 5, 2015 at 8:46 am

    pengalaman sy bersalin pd bln 10 thn 2012 anak sulung di hukm sangat bagus layanan di sana. suami dpt temankan dri mula masuk LR smpai la baby keluar. sy dpt kekuatan ble suami ada disisi.. tapi masa last kne jahit tu suami kne keluar kejap then ble dah siap sama2 blk ke wad. alhamdulillah..

    • Malar

      May 28, 2016 at 12:34 am

      Hi u bersalin yg government ke private wing?

  24. ahmad nabil

    October 28, 2015 at 11:46 am

    HOSPITAL PEKAN PAHANG.. ya hospital pekan sangat teruk perkhidmatannya.isteri sy nak bersalin dah buke 4 cm pecah air ketuban..ditahanyya lama.sampai la doktor transfer ke HTAA.time tu pun dorang lembab gila.tu melibatkan nyawa orang.HTAA untuk di ceaser.memang x kan jejak la kaki ke hospital pekan.pesakit x ramai tapi perkhidmatan sangat lambat.

  25. farhana

    November 13, 2015 at 12:07 pm

    Anak sy tiga2 bersalin hosp kemaman dn tiga2 suami temankan…

  26. Aishahyahya

    November 14, 2015 at 7:54 am

    2 Kali bersalin di salam medical centre Shah Alam, bersalin normal coz husband boleh masuk, bersalin oprat pun husband boleh masuk, so husband ada pengalam tgk bersalin normal n oprat, thank to all doc. nurse n staff at salam medical centre Shah Alam,

  27. Muhd hurairah

    July 5, 2016 at 9:17 pm

    Betulkah sekarang hospital Muar boleh suami teman isteri tanpa pergi kursus lagi

  28. Muhd hurairah

    July 5, 2016 at 9:19 pm

    Hospital muar boleh ke takyah p krusus

  29. Syafiq

    January 30, 2017 at 4:14 pm

    Hospital Seri Manjung tak izinkan suami teman masuk Labour Room.
    “Suami memang tak boleh masuk ke”
    Nurse maklum suami tak dibenarkan masuk kat sini, isteri sedang meneran katanya (masa ni rasa sedih/kecewa/kasihan sebab tak dapat teman isteri). Nurse siap suruh baca Polisi Penjagaan Mesra Ibu di dinding.

    1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama semasa peringkat pertama kelahiran di dewan bersalin untuk memberi sokongan emosi dan fizikal. Keutamaan peneman ialah suami atau Ibu sekiranya tanpa kehadiran suami.

    Saya cuba baca banyak kali untuk faham/hadam polisi ini takut saya yang salah faham.
    Sekarang masih menunggu di luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top