40 Minggu

Contoh Ayat Motivasi Ketika Sakit Bersalin

8
SHARES
Contoh Ayat Motivasi Ketika Sakit Bersalin

Ayat Motivasi Ketika Sakit Bersalin

Ayat-ayat di bawah ini sekadar contoh yang boleh digunakan sebagai ayat motivasi untuk menghadapi proses bersalin. Terpulang kepada diri masing-masing sekiranya mempunyai ayat afirmasi lain yang lebih sesuai sebagai sokongan motivasi.

“ Aku berasa tenang dan selesa.”

“Aku melalui pengalaman mengandung yang indah dan gembira.”

“ Aku bernafas dengan teratur, tenang dan bekalan oksigen yang kuhirup cukup untuk bayiku.”

“ Aku yakin dengan sistem otot rahim yang Allah ciptakan untuk diriku akan melahirkan bayi yang sihat.”

“ Allah ada bersamaku, Allah melihatku dan melancarkan urusan bersalin ini agar berjalan dengan cepat dan lancar dalam tempoh ….jam sahaja.”

“ Proses bersalin ini berjalan dengan sangat cepat.”

“ Aku sudah rasakan kepala bayiku berada di bawah, sebentar sahaja lagi bayi comel akan lahir.”

“ Allah hadiahkan perasaan tenang kepadaku hingga saat bersalin.”

“ Diriku tenang, bayiku juga tenang.”

“ Kontraksi berasa sangat selesa buat diriku.”

“ Aku seronok mahu melihat bayi comelku.”

“ Aku mahu menjadi ibu yang baik dan penyayang untuk bayiku ini.”

“ Aku memberi aura positif kepada bayiku dan semua ahli keluargaku.”

“Aku berserah semuanya pada Allah.”

“Kesakitan ini hanya sedikit sahaja, jika dibandingkan dengan dosaku yang menggunung.”

“Aku boleh melakukan ini. Untuk melahirkan zuriatku.”

“Aku tak keseorangan. Allah sentiasa bersamaku.”

“Aku merelakan sakit ini andai semua dosaku diampunkan.”

“Sakit ini hanya sebahagian kecil sahaja dalam hidupku.”

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×