Asuh

Anak Jadi ‘Hyper’ Sebab Tak Cukup Tidur. Ini 5 Perkara Mama Kena ‘Take Note’

3.1K
SHARES
bayi susah tidur

“Dah pukul berapa dah ni, tak mengantuk lagi ke budak ni… Kita pulak yang nak terlelap. Kenapa susah sangat nak suruh tidur ni padahal dari tengah hari tadi dia tidur kejap je.”

Mesti ramai antara kita yang pernah mengalami situasi macam ni kan? Lagi-lagi pulak kalau anak tu jenis ‘tahan mata’ dan tak nak tidur. Mereka ni nampak masih aktif, nak bermain itu ini, sedangkan mereka tengah ‘menahan mata’ dan susah nak tidur sebab dah terlalu penat (overtired).

So, kita ingatkan diorang mengamuk sebab belum mengantuk dan belum nak tidur. Tapi sebenarnya sebaliknya. Dan kalau dibiarkan, lagi susahlah nak tidurkan mereka nanti tau.

Jom ketahui selanjutnya punca bayi susah tidur dan apa tanda overtiredness pada si kecil yang ramai ibu bapa terlepas pandang.

5 Perkara Mama Perlu Tahu Tentang ‘Overtired Baby’

1. Apakah ‘Overtired Baby’

Menurut BabySleepSite, bayi yang dah terlampau letih atau ‘overtired baby’ ini adalah bayi yang dah menjadi terlalu letih untuk tidur.

Biasanya bayi begini akan meragam dan menangis apabila mahu ditidurkan. Kemudian bila dah tertidur, sekejap aja dia dah bangun! Dan bila dah terjaga tu, memang susahlah nak tidurkannya semula.

Dengar macam familiar kan?

Tapi, kenapa agaknya bayi ni letih sangat sampai dia jadi susah nak tidur? Bukannya dia ada buat kerja-kerja berat macam kita ni kan?

Ha, nak tahu jom baca poin seterusnya.

2. Punca Bayi Terlalu Letih

Punca overtiredness di kalangan bayi ni biasanya disebabkan kekurangan tidur atau sleep deprivation.

Waktu berjaga tu, macam-macam informasi dan aktiviti fizikal berlaku pada tubuh bayi. Untuk memproses segala maklumat dan perkara yang berlaku ni, bayi memerlukan tidur / naptime yang kerap.

Walaupun setiap bayi mungkin mempunyai rutin tidur yang berbeza, namun secara umumnya mereka hanya mampu memberi tumpuan seperti berikut:

  • Bayi baru lahir biasanya boleh berjaga 45 minit sebelum berasa letih dan mengantuk.
  • Bayi 6 bulan boleh berjaga selama 2 jam sebelum berasa letih dan mengantuk.
  • Anak kecil berusia 1 -3 tahun boleh berjaga selama 5 jam sebelum berasa letih dan mengantuk.

3. Kenapa Bayi Meragam, ‘Hyper’ & Makin Susah Nak Tidur Bila Terlalu Letih

Bila bayi dah terlalu letih, sistem stres pada tubuhnya akan diaktifkan.

Ketika ini, hormon stres seperti kortisol dan adrenaline akan dirembeskan, lalu menjadikan bayi susah untuk relaks dan bertenang.

Waktu inilah juga bayi mungkin akan kelihatan ‘luarbiasa aktif’ dan menjadi makin susah nak diajak tidur.

bayi susah tidur

Foto Kredit: Today’s Parent

4. Tanda Bayi Dah Terlalu Letih

Bila mak ayah tak perasan yang anak mereka ni sebenarnya dah terlalu letih, keadaan boleh bertambah buruk sebab bayi akan menjadi lebih sukar nak tidur nanti.

Jadi sebab itulah penting untuk kita kenali tanda overtired baby.

Antaranya:

  • Bayi menggosok mata atau muka
  • Moody, meragam
  • Mengelakkan eye contact
  • Menjadi lebih clingy, tak mahu diletak
  • Tak berminat dengan mainan, makanan, atau apa-apa yang biasanya disukai
  • Menjadi semakin aktif apabila waktu berjaga semakin lama

http://www.materiaincognita.com.br/

5. Cara Tidurkan Bayi Yang Dah Terlalu Letih

Bukan mudah nak tidurkan overtired baby ni. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Apa yang boleh ibu ayah cuba adalah:

  • Malapkan lampu
  • Menjauhkan daripada bunyi bising, TV, gajet dan sebagainya
  • Elakkan eye contact, berikan sedikit ‘quiet time’ pada bayi
  • Dukung bayi, dodoikannya
  • Membedungnya
  • Menyusukannya
  • Memainkan white noise / zikir kegemarannya

Sekiranya anak dah agak besar, alih perhatian anak daripada aktiviti seperti melompat dan berlari dengan melakukan aktiviti senyap seperti membaca buku.

Foto Kredit: momtomadre.org

Anak ‘Hyper’ Sebenarnya Tanda Dia Dah Terlalu Letih

Rutin tidur yang konsisten amat penting untuk anak-anak kita seawal usia bayi lagi. Ini kerana, tidur yang cukup bukan saja membantu perkembangan fizikal, tetapi turut menggalakkan tumpuan serta kecerdasannya.

Menurut kajian, kanak-kanak bawah 3 tahun yang tidur kurang daripada 10 jam adalah 3 kali ganda lebih berisiko terhadap masalah hyperacitivity dan impulsitivity ketika berusia 6 tahun. Malah, terdapat banyak lagi kajian membuktikan bahawa tidur yang secukupnya amat membantu anak-anak untuk belajar dengan lebih efektif.

Jadi, lepas ni janganlah kita keliru dan biarkan anak terus berjaga bila anak-anak ‘hiper’. Memang dia nampak macam tak mengantuk, tapi itulah tanda amaran ‘overtiredness’ yang kita perlu peka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×