Tech

5 Ciri Ford Baby Crib, Katil Bayi Pintar Yang ‘Meniru’ Suasana Dalam Kereta

1K
reads
katil bayi ford

Menidurkan bayi bukanlah semudah yang kita sangka. Tapi, salah satu tindakan yang selalunya berhasil adalah menidurkan bayi semasa dalam kereta – sejuk, selesa, dengan rasa pergerakan (motion) yang boleh membuatkan orang dewasa pun sama mengantuk. Sebab itulah ada sesetengah ibu bapa terpaksa membawa anak mereka menaiki kereta selama 10-20 minit semata-mata untuk menidurkan mereka!

Jadi, apakah sebenarnya yang dapat membuatkan bayi tidur semasa di dalam kereta? Suasana inilah yang cuba dilahirkan dalam rekaan katil bayi oleh Ford yang diberi nama Max Motor Dreams.

5 Ciri Katil Bayi Terbaru Rekaan Ford, Max Motor Dreams

Jika sebelum ini, sebuah katil, SNOO pernah direka untuk mewujudkan suasana seperti di alam rahim, katil bayi rekaan Ford ini pula cuba melahirkan rasa kedamaian dan keselesaan sebuah kereta untuk membantu bayi tidur lena.

Berikut adalah 5 ciri katil bayi rekaan pengeluar kereta terkenal, Ford yang diberi nama Max Motor Dreams.

1. Mewujudkan Suasana Seperti Dalam Kereta

Menurut Colin Lecher melalui Popular Science, ‘white noise’, atau bunyi bising yang konsisten adalah salah satu ciri utama yang membantu manusia tidur dengan lena. Konsistensi ini mudah didapati di dalam perjalanan kereta. Sebab itulah, ramai yang mudah tertidur di dalam kereta, lebih-lebih lagi apabila mendapat suasana dalaman yang sejuk, selesa, dan nyaman.

Menurut beliau, selain faktor keletihan, kita juga mudah tertidur disebabkan beberapa faktor lain termasuklah proses pengulangan (repetition) dan suasana yang begitu mudah dijangka (high predictability) yang terdapat di jalan raya.

Oleh sebab itu, Max Motor Dreams keluaran Ford ini dilengkapi ciri futuristik yang begitu unik untuk membantu bayi tidur lena. Antaranya seperti dodoian/gerakan lembut di dalam kereta (motion), bunyi enjin, dan lampu LED menyerupai lampu jalan!

katil bayi ford

Foto Kredit: thenewswheel.com

2. Boleh Diubahsuai Dengan Bunyi Kereta Sendiri

Bukan setakat itu, katil bayi canggih ini turut memberi peluang kepada ibu bapa untuk custom-match bunyi yang dihasilkan dengan bunyi kereta sendiri melalui aplikasi telefon bimbit.

Ini bermaksud, bayi dapat merasakan pengalaman yang benar-benar mirip perjalanan dalam kereta anda – dah macam balik kampung!

Foto Kredit: engadget.com

Foto Kredit: engadget.com

3. Dikawal Selia Oleh Smartphone Anda

Semasa membuat perjalanan dalam kereta, sememangnya bayi mudah tertidur. Tetapi, setiap kali sampai, ibu bapa perlu sangat berhati-hati untuk mengangkat bayi daripada car seat atau pangkuan supaya mereka tidak terjaga. Jika bayi tidak benar-benar letih, tentu mereka akan terjaga sebaik saja diletakkan di atas tilam atau katil di rumah.

Dengan dodoian automatik yang dikawal selia oleh aplikasi smartphone anda, ini semua tidak akan berlaku. Seperti yang diulas oleh perekanya, Alejandro López Bravo:

“Dengan Max Motor Dreams, ibu bapa tidak perlu berjaga untuk memandu semata-mata untuk menidurkan bayi. Sedikit sebanyak, ia boleh membantu memperbaiki kualiti hidup ramai orang, terutamanya ibu bapa yang sukar menidurkan bayi mereka.”

Foto Kredit: dailymail.com

Foto Kredit: dailymail.com

4. Rekabentuk Ikonik Model Ford

Rekaan serba canggih dan moden pada katil bayi ini merupakan inspirasi daripada rekaan ikonik model-model kereta Ford.

Dengan bentuk berbucu lembut, ia menampakkan ciri-ciri keselesaan serta keselamatan yang amat dititikberatkan dalam rekaan ini.

Foto Kredit: money.cnn.com

Foto Kredit: money.cnn.com

5. Baru Dihasilkan 1 Unit

Buat masa ini, Max Motor Dreams baru dihasilkan 1 unit untuk ujikaji atau one-off test. Namun, mereka akan mempertimbangkan penghasilan berskala besar sekiranya terdapat permintaan yang memberangsangkan.

Dalam erti kata lain, kalau ia mendapat popular demand, Ford tidak akan teragak-agak untuk menghasilkan katil Max Motor Dreams untuk pasaran antarabangsa.

katil bayi

Foto Kredit: motor1.com

Jadi, apa kata anda?

Tertarik tak dengan rekaan canggih dan futuristik ini? Kalau harganya berpatutan, mestilah best!

Yang Popular

To Top