Teknologi

Katil Pintar Pertama Di Dunia Ini Akan Buat Bayi Lena Dalam 1 Minit. Teka Harganya

791
SHARES
katil pintar snoo

Setiap ibu bapa mesti pernah melalui pengalaman bayi susah tidur, tidak kiralah siang atau malam.

Ada di antara kita merasakan bahawa katil yang luas, rata, dan diletakkan di dalam bilik yang senyap adalah cara terbaik untuk menidurkan bayi. Tapi, menurut Dr Harvey Karp, ini adalah cara yang paling susah untuk menidurkan bayi anda!

Punca Bayi Susah Tidur

Menurut beliau, sejak di dalam rahim lagi seorang bayi telah dibiasakan dengan bunyi-bunyian serta pergerakan beritma yang mengasyikkan mereka. Bahkan, bunyi ‘whooosh, whooosh’ yang didengari sejak di dalam rahim ini adalah lebih kuat berbanding dengan bunyi sebuah vakum. Ia merupakan bunyi pergerakan darah melalui arteri yang digelar ‘white noise’. 

Maka, selama ini kita menganggap bahawa bayi susah tidur akibat bunyi bising, tapi sebenarnya ritma bunyi dan pergerakan inilah yang ‘mendodoi’ bayi sehingga membolehkan mereka tertidur. Bagi seorang bayi, tanpa ‘bunyi bising’ dan ‘dodoian’ ini adalah 2 perkara penting untuk membantu mereka tidur. Tambah Dr Harvey lagi, tanpa kedua-dua perkara ini, bayi boleh diibaratkan seperti seorang dewasa yang terpaksa tidur tanpa bantal. Sangat tak selesa, bukan?

Kenapa Bayi Menangis

Foto Kredit: 123rf.com

5 Ciri Katil Pintar, SNOO Smart Sleeper

Dr Harvey Karp adalah seorang Ahli Paediatrik dan juga Founder ‘The Happiest Baby’, sebuah syarikat yang merekabentuk katil pintar (smart crib) pertama di dunia. Ia dilengkapi dengan rekaan inovatif berciri khas untuk membantu bayi tidur lena.

Berikut adalah 5 ciri katil pintar tersebut:

1. Tidurkan Bayi Dalam 1 Minit

Katil ini telah dicuba oleh beratus-ratus bayi dan ibu bapa mendapati bayi mereka dapat tidur dengan mudah hanya dalam tempoh sekitar 1-3 minit, sekalipun bayi sedang meragam, menangis, atau mengamuk.

2. Cuba Memberi Ketenangan Seperti Di Alam Rahim

Dengan menggabungkan 2 punca masalah bayi susah tidur di atas, beliau bersama pakar kejuruteraan dari MIT Media Lab dan Yves Behar dari Silicon Valley cuba mencipta persekitaran yang ideal untuk bayi tidur.

SNOO Smart Sleeper oleh The Happiest Baby ini direka bentuk dengan ciri-ciri khusus seperti mana yang dirasai oleh bayi semasa di dalam rahim.

  • ‘White noise’ – Respon bunyi bising yang akan menjadi lebih kuat apabila bayi memerlukannya, dan akan semakin senyap apabila bayi tidak memerlukannya lagi.
  • Dodoian – Pergerakan beritma automatik yang membantu bayi tidur dalam masa bawah 3 minit.
  • Bedung – Untuk memberi keselesaan dan rasa seperti dipeluk.
bayi susah tidur

Foto Kredit: happiestbaby.com

3. Memberi Kelegaan Kepada Bayi Dan Ibu Bapa

Rekaan ini diharapkan bukan saja membantu bayi tidur lebih lena, tetapi juga memberi kelegaan kepada ibu bapa yang mengalami masalah bayi susah tidur.

“Kajian menunjukkan ibu bapa mendapat kurang daripada 6 jam waktu tidur. Dan ini boleh menjadi punca tabiat tidur yang tidak selamat, stres rumah tangga, atau lebih teruk lagi, postpartum depression (meroyan),” ujar Dr Harvey menerusi Tech Insider.

4. Membantu Ibu Bapa Mengetahui Apa Yang Bayi Perlukan

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa SNOO Smart Sleeper bukanlah sebuah katil ajaib di mana bayi akan terus tertidur walau apa jua keadaan mereka.

Sebaliknya, ia mengutamakan ciri ‘natural setting’, di mana ia tidak akan memaksa bayi tidur sekiranya mereka masih tidak dapat ditenangkan dalam masa 3 minit. Ia menunjukkan bayi mahukan perkara lain seperti susu atau perlu ditukar lampin.

bayi susah tidur

Foto Kredit: happiestbaby.com

5. Harga Pasaran

Buat masa ini, SNOO Smart Sleeper dianggap katil paling pintar yang paling selamat walaupun digunakan sepanjang malam. Dengan pelbagai ciri khas, tentulah harganya pun tidak begitu murah.

Dipasarkan dengan harga $1150 atau sekitar RM 5ooo, ia boleh ditempah terus melalui laman web SNOO Smart Sleeper.

Menarik?

Jika diteliti, rekaannya banyak menjurus kepada ciri buaian besi anak-anak yang kita biasa gunakan di Malaysia. Tak hairanlah ianya masih relevan hingga ke hari ini! Walau apa pun, tentulah buaian kita ini agak ‘bulky’ rangkanya dan tidak didatangkan dengan spesifikasi keselamatan seperti katil pintar SNOO.

Jadi, yang mana akan anda gunakan – buai besi mak-mak kita atau SNOO Smart Sleeper?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×