Tech

Mudahnya Tidurkan Bayi Di Mana-mana Dengan Katil Lipat Ini. 15 Saat, Siap!

2.4K
reads
katil bayi

Jika selama ini kita berasa leceh nak bawa bayi ke mana-mana sebab takut mereka susah tidur, kini tiada alasan lagi dengan Guava Family Lotus Crib + Bassinet. Katil bayi yang canggih ini memiliki pelbagai ciri menarik dan menjadikannya salah satu travel crib yang paling berkualiti dan berbaloi.

Mari kita lihat beberapa ciri istimewa katil bayi ini.

5 Ciri Istimewa Guava Family Lotus Crib + Bassinet, Katil Bayi Mudah Alih Yang Canggih

1. Mudah Dibawa Ke Mana-mana

Teknologi ini membolehkan ibu bapa membawa katil ini dilipat dan dibuka dengan mudah, hanya dalam 15 saat semuanya siap terpasang. Jadi, tak adalah pening kepala bila bayi mula meragam dan menangis. Semuanya cepat tersedia dalam sekelip mata saja. Ini bermakna, anda boleh menikmati percutian keluarga dengan lebih tenang.

Apa yang menarik, lipatannya boleh dimuatkan dalam sebuah beg galas yang bergaya dan amat ringan, iaitu hanya 5.9 kg!

katil bayi

Foto Kredit: guava Family

2. Zip Sisi Yang Praktikal

Sungguhpun ianya ringan, strukturnya amat kukuh dan sesuai untuk kegunaan anak kecil yang lasak.

Antara pembaharuan yang menarik pada travel crib ini adalah zip pada bahagian sisi yang memudahkan akses ibu bapa mahupun anak kecil. Ibu pun boleh temankan bayi tidur tanpa sebarang halangan!

Crib atau playard ini boleh digunakan hingga anak berusia 3 tahun.

 

Foto Kredit: Guava Family

3. Multi-Function

Dengan aksesori tambahan, travel crib ini boleh ditukar menjadi sebuah katil (bassinet) khusus untuk bayi newborn hingga 3 bulan atau 8 kg.

Bassinet ini bukan saja selesa dan selamat, tapi uniknya ia boleh didodoi atau digoyangkan seperti buaian. Ciri ini adalah optional dan boleh di set up dengan mudah pada bahagian kakinya.

4. Fabrik Yang Mudah Dibuka & Dicuci

Hanya dengan 1 zip, fabriknya boleh dibuka dengan mudah. Tiada masalah untuk anda menukar fungsinya pada bila-bila masa.

Fabriknya juga kukuh serta tahan cucian. Ciri ini mampu membantu memastikan katil bayi ini terjamin kebersihannya sepanjang masa.

Foto Kredit: Guava Family

5. Bukan Sekadar Untuk Travel

Dengan cirinya yang ringan dan mudahalih, anda bukan saja mudah membawanya untuk travel, tetapi ia juga mudah dialihkan di sekitar rumah.

Sambil memasak atau membuat sebarang kerja, anda boleh meletakkan bayi untuk tidur di dalam katil (bassinet) atau bermain di dalam crib berdekatan dengan anda.

Mudah, bukan?

katil bayi

Foto Kredit: Guava Family

Harga Pasaran

Katil bayi yang canggih ini boleh didapati terus melalui laman web Guava Family atau portal jualan online antarabangsa yang terkemuka seperti Amazon dan Lazada.

Harga bagi Lotus Bassinet Kit + Crib adalah $299.90 atau sekitar RM1,285 (termasuk aksesori bassinet). Manakala jika anda hanya inginkan Lotus Everywhere Travel Crib ia boleh dibeli secara asing dengan harga $189.95 atau sekitar RM814 (tidak termasuk pos)

Harga di Lazada Malaysia bermula dari RM1,390.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top