keselamatan

Selepas 30 Kematian Bayi Dilapor, Fisher-Price Rock n’ Play Sleeper Ditarik Balik Di US

727
SHARES

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS telah mengumumkan bahawa Fisher-Price telah menarik balik semua produk Rock ‘n Play Sleeper pada hari Jumaat (12 April 2019).

Keputusan ini dibuat setelah lebih daripada 30 kematian bayi dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, iaitu sejak ia dikeluarkan pada tahun 2009.

Punca Kematian Bayi

Menurut portal Channel News Asia, antara punca kematian bayi yang melibatkan produk Rock ‘n Play Sleepers berlaku apabila bayi bergolek dari posisi terlentang ke perut atau sisi mereka secara tidak disedari.

Seperti yang dipetik dari ABC News, analisis oleh The Consumer Reports pada 8 April menunjukkan kebanyakan bayi yang meninggal dunia berusia kurang dari 3 bulan.

Punca kematian juga dinyatakan sebagai asphyxia, iaitu masalah pernafasan yang disebabkan oleh posisi bayi.

American Academy of Paediatrics atau AAP merupakan antara badan profesional yang menggesa produk tersebut ditarik balik. Mereka juga tidak mengesyorkan sebarang produk seperti car seat, stroller, atau apa-apa katil digunakan untuk menidurkan bayi yang menyebabkan bayi tidak dapat bangun sendiri jika tergolek.

Namun dalam satu kenyataan, pemilik Fisher Price Mattel Inc berkata:

“Kami yakin dengan keselamatan produk kami. Walaubagaimanapun, disebabkan insiden yang dilaporkan di mana produk itu digunakan bertentangan dengan amaran dan arahan keselamatan, kami telah membuat keputusan untuk menarik balik Rock ‘n Play Sleeper dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna.”

Bayaran Balik Atau Baucar Akan Diberikan Sebagai Ganti

Demi keselamatan bayi, wakil dari pihak Fisher-Price menasihatkan agar pengguna harus segera berhenti menggunakan produk yang dinyatakan dan menghubungi Fisher-Price untuk bayaran balik atau baucar.

Penarikan balik itu akan menjejaskan 4.7 juta produk tersebut.

Buaian atau bouncer Rock ‘n Play dikatakan mendapat sambutan di sana kerana ia berfungsi secara automatik untuk mendodoikan bayi hingga tertidur. Malah, model terkini turut dilengkapi dengan bunyian yang membuat bayi terasa aman dan selamat.

Pentingnya Langkah Keselamatan

Wah, nampaknya serius juga kes begini. Ada tak ibu ayah yang gunakan Rock ‘n Play Sleepers di Malaysia?

Apapun, tak kiralah apa jenis peralatan bayi yang kita gunakan, pantauan ibu bapa sangat penting untuk pastikan ianya selamat.

Tak salah untuk kita lebih berhati-hati walaupun dah menggunakan produk yang bermutu dan berjenama terkenal kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×