Asuh

Pakar Kongsi Masa Tidur Yang Betul Untuk Bantu Otak Anak Berkembang

11
SHARES
waktu tidur yang betul

Sebagai seorang ibu bapa tumbesaran anak-anak adalah sangat penting dan harus sentiasa peka dengan aktiviti seharian yang dilakukan oleh mereka. Untuk ibu bapa di luar sana, waktu tidur yang betul untuk anak dapat membantu perkembangan otak seperti perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya.

Baca juga: Penatnya Berjaga…Ini 10 Cara Berkesan Untuk Tidurkan Bayi Dengan Cepat!

WAKTU TIDUR YANG BETUL UNTUK ANAK BANTU PERKEMBANGAN OTAK

Jelasnya, ramai ibu bapa mengadu tentang penyesalan kerana tidak menjaga waktu tidur anak sejak lahir. Justeru, beliau mengambil peluang untuk berkongsi waktu tidur yang tepat dan sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur seminggu hingga 12 bulan.

waktu tidur bayi

Umur seminggu:

  • Siang 8 jam
  • Malam 8 jam 30 minit

Umur sebulan:

  • Siang 6-7 jam
  • Malam 8-9 jam

Umur 3 bulan:

  • Siang 3-4 jam
  • Malam 10-11 jam

Umur 6 bulan:

  • Siang 3 jam
  • Malam 11 jam

Umur 12 bulan:

  • Siang 2 jam 30 minit
  • Malam 11 jam

waktu tidur yang betul

Selain itu, beberapa tips juga turut dikongsi supaya anak kecil mudah tidur. Antaranya adalah:

1. Menyuramkan lampu bilik untuk membantu membina hormon tidur iaitu melatonin.

2. Membaca buku cerita untuk anak atau membiarkan mereka membaca sendiri.

3. Mandi dengan air suam supaya mendapat tidur yang lebih lena.

4. Elakkan memberi atau menyimpan tablet/laptop di dalam bilik anak-anak.

5. Pengaliran udara dalam bilik mestilah tidak terlalu panas dan sejuk.

Selain menganggu tumbesaran anak-anak, tidur yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan penyakit berisko tinggi seperti darah tinggi, obesiti dan kemurungan. Hargailah anak-anak anda dan pastikan masa tidur mereka mencukupi.

Sumber: Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×