Asuh

Penatnya Berjaga…Ini 10 Cara Berkesan Untuk Tidurkan Bayi Dengan Cepat!

81
SHARES

Umum tahu, kehadiran si kecil dalam kehidupan boleh mengubah corak kehidupan seseorang ibu. Antara pengalaman yang sering diceritakan ialah masa tidur si ibu yang agak singkat akibat bayi baru lahir mengalami kesukaran untuk tidur.

Bagi yang baru bergelar ibu, pasti momen-momen ini menjadi pengalaman yang agak sukar untuk ditempuhi kerana masih tidak membiasakan diri. Justeru itu, terdapat beberapa tips boleh diikuti untuk ibu menidurkan anak mereka.

Baca juga: Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Punggung Bayi Kita Merana!

CARA TIDURKAN BAYI BARU LAHIR, PASTI BERJAYA!

1. BEDUNG


Bedung merupakan antara salah satu cara yang diminati oleh si manja anda. Hal ini kerana, mereka terasa seperti dalam pelukan erat ibu. Pada zaman serba moden ini, pelbagai jenis bedung dengan cara yang lebih mudah boleh dibeli.

2. MUZIK

Muzik yang dipilih haruslah tidak terlalu rancang dan kuat. Setiap bayi mempunyai citarasa tersendiri. Justeru, ibu-ibu boleh mula memperkenalkan muzik yang mendayu dahulu supaya mampu melalaikan bayi.

3. TEPUKAN

Tepukan merupakan antara cara yang paling sering diamalkan. Tepukan haruslah jangan terlalu kuat sehingga membuatkan bayi terkejut dan terjaga dari lena. Tepukan perlahan harus dipraktikan agar bayi terlelap.

4. PUTING


Sesetengah ibu memilih untuk tidak memberi puting kepada anak mereka tetapi puting mampu memberi tidur bayi anda lebih lena. Pemilihan puting merupakan faktor penting agar bayi tidak keliru ketika menyusu badan ibu.

5. ALAS TEMPAT TIDUR

Pemilihan alas tempat tidur yang selesa sangat penting. Hal ini supaya mereka tidak terganggu dengan alas yang terlalu panas atau licin. Menerusi pengalaman seorang ibu, dia berjaya memberi bayinuya tidur yang lebih lena dengan menggunakan kulit kambing biri buat alas tidur.

6. MENYANYI DAN BERCAKAP


Ibu-ibu boleh membaca buku cerita untuk bayi mereka. Meskipun masih terlalu awal tetapi bayi sudah mengenali suara ibu dan boleh menyebabkan mereka tidur kerana fokus mendengar suara ibu.

7. HABA

Pada malam hari pula, ibu boleh memanaskan tilam si manja mereka sebelum tidur. Penghasilan haba panas membuat bayi lebih nyenyak dan selesa kerana tidak keadaan tilam yang tidak terlalu sejuk sehingga menggangu tidur.

8. DUKUNG


Bunyi degupan jantung ibu sudah mampu didengari oleh bayi selama mereka berada dalam rahim ibu. Oleh demikan, cara terbaik agar bayi sentiasa mendengar degupan jantung ibu adalah dengan mendukung mereka.

9. MEMANDU

Selain ayunan dari buaian, ibu-ibu juga boleh membawa bayi mereka keluar menaiki kereta kerana gegaran semasa kereta bergerak boleh membuatkan bayi ‘melayan perasaan’ dan tidur.

10. WHITE NOISE

White noise merupakan bunyi pengisar makanan, pengering rambut, vakum dan lain-lain. Bunyi-bunyi dihasilkan mungkin dianggap bising bagi sesetengah ibu tetapi ada juga bayi yang mengemari bunyi tersebut. Selain menggunakan barangan elektrik, terdapat juga aplikasi white noise yang boleh dimuat turun oleh para ibu semua.

Wah banyak tips yang dikongsi. Semoga selepas ini tidur bayi dan si ibu lebih lena. Selamat mencuba!

Sumber: The Asian Parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×