Dalam sesebuah fasa hubungan, terdapat 3 fasa iaitu terasa hati, jauh hati dan tawar hati. Ketiga-tiga fasa ini sudah pastinya melibatkan perasaan kerana jika dibiarkan boleh menghancurkan hubungan.
Pasangan suami isteri dinasihatkan agar menerapkan komunikasi yang terbuka, saling memahami, dan memaafkan adalah kunci untuk mengekalkan hubungan yang sihat serta bahagia.
Baca juga: 15 Tanda Patut Minta Cerai Dengan Pasangan, Bertahan Demi Cinta Tetap Tak Ada Guna!
3 FASA SEBELUM TERPUTUS HUBUNGAN, TAWAR HATI PALING TERUK
3 fasa hati sebelum terputusnya sesebuah hubungan iaitu:
1. Terasa hati
Apa yang kita buat, kadang kala boleh menyebabkan pasangan terasa seperti buat sesuatu keputusan tanpa berbincang dengan pasangan, tidak menjaga pergaulan, tidak menjalankan kewajipan dan tidak mengawal lisan sebelum melafazkan apa jua bentuk ucapan.
2. Jauh hati
Terasa tapi tak dipujuk malah dibiarkan macam tak ada apa-apa. Bila cuba untuk cari penyelesaian, selalunya akan berakhir dengan pergaduhan.
Ego sentiasa memenangi perbalahan. Jauh hati adalah kekecewaan yang dihimpun, terasa yang dipendam dan luka yang dibiarkan. Bila terlalu banyak rasa jauh hati dengan pasangan, maka seterusnya hadir fasa hati yang terakhir.
3. Tawar hati
Puncak kepada segala rasa yang terbuku di dalam hati sejak daripada terasa hati dan jauh hati adalah tawar hati. Di mana keadaan hati yang dah penuh dengan parut. Hati dah mati dek kerana kesakitan yang berulang kali.
Fasa ini yang paling bahaya sebab kebanyakkan hubungan akan terputus bila hati dah tawar untuk meneruskan hubungan tersebut.
Lebih ajaibnya bila banyak pujukan dan kesedaran semasa di fasa tawar hati namun bukan di fasa jauh hati dan terasa hati.
Jadi, para suami isteri di luar sana, elakkan 3 fasa ini dalam hubungan jika mahu ikatan kasih ini terus mekar.
Baca juga: ‘Benih’ Suami Lebih Sihat & Tak Cepat Mati Bila Amalkan 5 Makanan Ini, Barulah Isteri Senang Hamil
Sumber: Facebook Siti Ainur