Nur

Haid Datang Lebih Dari 15 Hari, Boleh Solat Atau Tidak?

22
SHARES
HAID LEBIH 15 HARI

Umum mengetahui, tempoh maksimum datang bulan adalah tidak melebihi 15 hari. Sekiranya tempoh haid lebih 15 hari, ini bermakna anda mengalami darah istihadah.

Hal ini sama seperti yang dialami oleh insan di bawah dan dia tertanya-tanya mengenai solat selepas 15 hari haid. Jawapan mengenai soalan ini ada dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam artikel.

Baca juga: 4 Doa Boleh Amalkan Bila Si Manja Sakit Perut, Baru Lega & Tak Menangis!

HAID LEBIH 15 HARI BOLEH SOLAT KE?

HAID LEBIH 15 HARI

“Jika seorang perempuan itu sebelum datang haid dia didatangi istihadah, haid sebelum ini 15 hari 15 malam, mula keluar haid waktu zohor, dan hari ke 16 keluar darah istihadah, adakah hari ke 16 perlu mulakan solat pada waktu zohor atau subuh?”

Bagi menjawab persoalan telah diberikan, ada 2 perkara perlu diketahui iaitu, darah haid tidak melebihi 15 hari. Kedua, jika darah haid melebihi 15 hari, ini bermakna ia telah bercampur dengan darah istihadah. Dalam tempoh ini, wanita dikira berada dalam keadaan suci.

Ada dua cara penyelesaian boleh dibuat:

1. Jika dapat bezakan darah-darah tersebut kuat atau lemah dari segi warna, bau dan tekstur, maka hendaklan menganggap darah yang bersifat kuat itu darah haid.

Manakala darah yang lemah (berwarna terang seperti warna merah muda) perlu dianggap sebagai darah istihadah.

Jika keliru dan tidak jelas dengan cara ini, anda boleh cuba cara kedua iaitu dengan melakukan:

2. Cuba ingat semula haid terakhir yang normal sebelum berlakunya darah berterusan ini. Begitu juga cuba ingat semula jumlah hari suci terakhir.

Sebagai contoh, sebelum terjadinya gejala darah berterusan ini, tempoh haid adalah 8 hari, kemudian suci selama 20 hari, kemudian berlakulah gejala ini.

Maka penyelesaiannya adalah apabila darah yang datang itu melepasi 15 hari maka hari ke 16 sepatutnya wanita itu perlu mandi dan solat.

Kemudian jadikan haid hanya 8 hari sahaja dan suci ialah 20 hari. Ini bererti kitaran haid wanita itu ialah 28 hari. Justeru, dia hendaklah qada’ semula solat yang ditinggalkan sejak dari hari ke 9 hingga hari ke 15.

Selepas berlalu 28 hari yang merupakan kitaran haid wanita itu, iaitu campur hari haid dan hari suci yang normal sebelum ini, maka hari ke 29 itu anggap haid baru pula selama 8 hari, kemudian mandi dan anggap suci selama dua puluh hari, dan begitulah yang dilakukan selagi gejala itu belum tamat.

Jika gejala darah berterusan ini tamat suatu hari nanti, maka mulakan pengiraan haid seperti biasa sebelum terjadinya gejala ini. Pada dua contoh yang diberikan, bererti setiap kali berlalu 28 hari maka anggaplah darah yang masih ada itu adalah haid baru.

Cara kedua lebih mudah untuk dipraktikkan berbanding cara pertama kerana sukar untuk membezakan jenis darah. Kesimpulannya, bagi menjawab persoalan di atas, seorang wanita perlu memulakan solat apabila darah haid lebih 15 hari.

Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×