Nur

Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

22
SHARES
DOA SOLAT JENAZAH

Niat dan bacaan doa solat jenazah untuk bayi atau kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa. Sekiranya anda masih tidak tahu, di bawah ini penulis ada kongsikan.

Jika bayi meninggal selepas dilahir, solat jenazah untuk dirinya adalah wajib sekiranya jelas menunjukkan tanda-tanda kehidupan seperti menggigil atau bergerak-gerak.

Baca juga: Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah SAW Ini, Boleh Cegah Penyakit!

CARA DAN BACAAN DOA SOLAT JENAZAH UNTUK BAYI/KANAK-KANAK

DOA SOLAT JENAZAH

Cara dan doa adalah seperti di bawah.

1. Berdiri tegak

2. Mulakan solat dengan niat di dalam hati

Jenazah kanak-kanak/bayi lelaki

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.

Jenzah kanak-kanak/bayi perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala.

2. Takbiratul ihram

Dilakukan sebanyak 4 kali termasuk takbir pertama.

Takbir pertama: Membaca surah al-Fatihah.
Takbir kedua: Membaca selawat ke atas Nabi SAW.
Takbir ketiga: Membaca doa untuk jenazah.
Takbir keempat: Membaca doa

Doa yang boleh dibaca untuk jenazah kanak-kanak/bayi lelaki:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ

“Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibu bapanya. Dan janganlah dia menjadi ujian selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas pemergiannya.”

Doa bagi jenazah kanak-kanak perempuan

اللَّهُمَّ اجْعَلْهاُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهاِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهاِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهاُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهاُ

“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya.”

3. Memberi salam selepas selesai takbir keempat.

Solat jenazah penting dilakukan sebagai penghormatan terakhir dan dalam masa yang sama ia mengingatkan kita kepada kematian.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Al-Quran, Satu Keluarga Boleh Cuba!

Sumber: Ustaz Azhar Idurs, JAKIM Sabah, Waktu Solat Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×