Bergelar seorang ibu sudah tentunya bukan perkara mudah kerana pelbagai perkara perlu diuruskan. Tanpa bantuan suami, pasti anda tidak dapat bergelar seorang ibu penyabar.
Bagi memastikan ia menjadi kenyataan, berikut merupakan beberapa tips bergelar ibu penyabar menurut Islam. Baca artikel ini sampai habis ya!
Baca juga: Ibu Ayah Jangan Takut, Guna Bunyi ‘Shh’ Tidurkan Anak Tak Undang Syaitan
12 CARA JADI IBU PENYABAR MENURUT ISLAM
1. Berlatih sabar
Dengan mengingati Allah, InsyaAllah anda akan menjadi seorang yang penyabar.
2. Sentiasa berdoa
Selalu libatkan Allah dan mintalah kepada Allah agar menjadi ibu yang sabar dan minta kepada Allah agar segala kegiatan berjalan dengan lancar.
3. Berikan pelukan dan ciuman
Ketika kita memaafkan diri kita sendiri, menjaga emosi dan memberikan kasih sayang kepada anak, akan memunculkan rasa syukur pada diri kita.
4. Beristighfar
Istighfar adalah cara paling berkesan untuk mengendalikan emosi. Dengan istighfar, kita akan selalu mengingat Allah dan akan bersabar.
5. Tak semua perempuan ada di posisi ini
Boleh jadi kita membenci suatu keadaan, tetapi ingatlah ada yang menginginkan keadaan tersebut.
6. Sentiasa bersyukur
Syukuri segala hal mampu membuat kita merasa lebih sabar menerima dengan lapang dada.
7. Berzikir
Amalkan zikir-dzikir dalam hidup kerana zikir dapat membuat hati tenang, lapang dan menjadi seorang yang penyabar
8. Berfikiran positif
Berfikiran positif akan membuat kita dapat mengawal emosi seperti marah, kesal, dan putus asa.
9. Mengatur emosi
Cara mengendalikan emosi menurut islam sangat tepat untuk menjadi solusi dalam meningkatkan kesabaran.
10. Nikmat indah dari sabar
Yakinlah bahwa dengan kesabaran kita akan mendapatkan balasan yang indah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
11. Kenali keadaan kita
Kenal pasti kenapa kita marah agar kita boleh mencari solusi untuk diri kita sendiri dalam mengontrol emosi dan bersabar. Misalnya, kerana kita lapar kita jadi pemarah. Maka, istirahatlah sejenak dan makanlah. Setelah itu baru teruskan semula aktiviti.
12. Beri pujian pada anak
Memberi pujian pada anak boleh membuat kita mengingat bahwa anak kita tidak selayaknya menjadi tempat kita melepaskan emosi kita.
Semoga nasihat ini dapat meningkatkan sabar seorang ibu.
Baca juga: Tips Penjagaan Rapi Tali Pusat Bayi, Boleh Jangkitan Kuman Kalau Salah Cara!
Sumber: Facebook Ilham Media