Nur

Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah SAW Ini, Boleh Cegah Penyakit!

20
SHARES
SAYUR KEGEMARAN RASULULLAH

Pemakanan seharian perlu diambil berat agar kesihatan sentiasa terjaga. Salah satu caranya adalah dengan mengambil sayur kegemaran Rasulullah SAW.

Umum mengetahui, makanan sunnah sudah tentunya mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tersendiri. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Hukum Isteri Minta Cerai Sebab Tak Bahagia Dan Tawar Hati Dengan Suami

SAYUR KEGEMARAN RASULULLAH ANDA BOLEH MAKAN SETIAP HARI

SAYUR KEGEMARAN RASULULLAH

1. Bawang putih

Selain bawang, Nabi Muhammad SAW juga menyukai bawang putih. Pada zaman baginda, bawang putih dimakan secara mentah dan digoreng.

Kajian membuktikan bahawa bawang putih mempunyai beberapa khasiat seperti menguatkan sistem imun, mencegah demensia dan mengurangkan risiko kanser.

2. Bawang merah

Bawang merah yang sering digunakan dalam masakan juga merupakan salah satu sayur kegemaran Rasulullah SAW.

Seperti yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Khalid RA, Aisyah, isteri nabi, menyatakan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat suka memakan bawang merah.

3. Ubi bit merah

Ubi bit merah tergolong dalam sayuran lobak. Sayur ini dikatakan menjadi kegemaran Rasulullah SAW dengan menggabungkannya bersama barli.

Makan ubi bit merah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan stamina dan mencegah keradangan.

4. Timun

Nabi Muhammad SAW juga menyukai timun. Hal ini disampaikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada anjuran yang mengatakan:

“Makan dan cintailah timun kerana Rasulullah SAW makan dan menyukainya.”

Menurut hadis riwayat Tirmidzi, Rasulullah SAW pernah memakan timun yang digabungkan dengan kurma basah. Gabungan ini adalah salah satu cara baginda mengekalkan pemakanan sihat.

5. Labu kuning

Sayur kegemaran Rasulullah SAW yang seterusnya adalah labu. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a menceritakan:

“Nabi SAW menyukai buah labu. Suatu hari dihidangkan kepada Baginda suatu hidangan makanan atau Baginda diajak untuk menikmati satu hidangan makanan. Aku mengutip-ngutip labu yang ada dalam hidangan itu, lalu aku letakkan di hadapan Baginda kerana aku mengetahui Baginda menyukainya”.

Antara manfaat buah labu adalah boleh mengelakkan masalah lelaki sebagai kanser prostat. Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan jantung.

6. Zucchini

Sayur kegemaran Rasulullah SAW yang terakhir adalah zucchini. Sayur ini seakan-akan timun tetapi tektsurnya lebih rangup dan berair.

Zucchini merupakan sayuran yang kaya dengan antioksidan dan mengurangkan gula dalam darah yang berlebihan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, jantung dan kelenjar tiroid.

7. Cendawan truffle

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa truffle adalah sayuran yang menyihatkan. Menurut Rasulullah SAW, ia baik untuk kesihatan mata.

Jadi, anda boleh amalkan setiap hari beberapa senarai sayuran di atas untuk mendapatkan manfaatnya.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Al-Quran, Satu Keluarga Boleh Cuba!

Sumber: Detik Food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×