Nur

Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Al-Quran, Satu Keluarga Boleh Cuba!

35
SHARES
HAFAL AL-QURAN

Setiap umat Islam pasti mempunyai hasrat untuk hafal al-Quran namun ia bukanlah satu perkara mudah. Sekiranya anda ingin mencuba menghafalnya, boleh guna tips perkongsian di bawah.

Jelasnya, tips ini sangat membantu dan ternyata mampu merealisasikan impiannya untuk menghafal ayat suci al-Quran. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Beli Rumah Subsale Yang Bukan Orang Islam Duduk, Perlu Sertu Atau Tidak?

TIPS IBU-IBU BOLEH HAFAL AL-QURAN, CUBALAH

HAFAL AL-QURAN

Saya adalah seorang pelajar lepasan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Walaupun begitu, Alhamdulillah saya berjaya menghafal beberapa juzuk al-Quran ketika berusia 20an.

Berikut cara saya menghafal Al Quran:

– Mushaf Resm Uthmani yang kita gunakan sekarang setiap helaian muka surat ada 15 baris ayat.

Setiap kali sebelum Subuh, saya akan hafaz 3 baris ayat. Sepanjang hari itu, saya akan mengulangi bacaan 3 baris itu sehingga ia melekat di kepala hotak.

-Bermula hari Isnin saya akan hafaz 3 baris. Ketika hari ke 5 iaitu Jumaat maka saya berjaya hafaz 15 baris iaitu bersamaan 1 muka surat.

– Setiap Sabtu dan Ahad sepanjang hari saya akan mengulangi hafazan 1 muka surat itu supaya ia lebih kuat melekat di dalam ingatan.

– Setiap Sabtu atau Ahad saya akan jumpa kenalan yang mahir al-Quran untuk semak bacaan dari segi tajwid dan makhraj.

Sebagai contoh, Surah Al Mulk ada 30 ayat. Dalam tempoh 2 minggu saya akan dapat hafaz surah al-Mulk. Setiap hari yang saya menghafal, saya akan gunakan masa yang ada untuk mengulang bacaan seperti ketika solat Fardu 5 waktu, solat sunat, ketika memandu, ketika beratur dan ketika duduk buat kerja di pejabat.

Saya menghafaz bukan sebab nak jawab exam, bukan sebab nak tamatkan apa-apa pengajian. Ia datang dengan kerelaan sendiri dengan izin Allah.

Yang paling penting, saya adalah seorang lelaki yang mana saya juga adalah ketua keluarga. Saya kena pastikan saya boleh mengimami solat dengan baik dan menjadi pemimpin kepada ahli keluarga.

Saya mendorong kawan-kawan untuk mencuba tips di atas.

Baca juga: Ibu Ayah Kalau Sayang Anak, Jangan Lupa Amalkan Baca Doa Istimewa Ini…

Sumber: Facebook Azri Walter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×