Nur

Ibu Ayah Kalau Sayang Anak, Jangan Lupa Amalkan Baca Doa Istimewa Ini…

18
SHARES
DOA IBU UNTUK ANAK

Doa ibu untuk anak sangat penting agar mereka sentiasa dalam lindungan Allah. Antara doa boleh dibaca adalah seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook di bawah.

Walaupun doa ini pendek sahaja tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam. Ibu ayah juga disarankan untuk membacanya setiap hari tanpa jemu. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Baca Al-Quran Di Telefon Tapi Tidak Berwuduk, Ini Hukum Anda Kena Tahu

CONTOH DOA IBU UNTUK ANAK BOLEH DIBACA SETIAP HARI

1. Bila kita ada anak yang baik, cemerlang dan hebat, ingatlah satu perkara, Haza min Fadhlillaah. Ini semua pemberian Allah.

2. Bila kita rasa sangat bangga dengan anak ini, maka selalulah lakukan sujud syukur. Allah beri yang baik itu ujian, yang nakal juga ujian. Allah tetap pemilik mutlak segala kepunyaan kita.

3. Lebihnya anak kita tidak akan kekal. Sifir hidup ini seperti roda, kita jangan berhenti meminta sekalipun anak kita nampak baik-baik sahaja.

4. Jika sayangkan anak, jangan tinggalkan doa ini.

DOA IBU UNTUK ANAK

Allahumma haffizhu kama haffazta min ‘ibadikas solihiin.

Maksudnya: “Jagalah anakku ya Allah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.”

5. Makanan roh anak kita jangan skip walaupun sehari. Pandang anak kita waktu mereka tidur dan sedekahkan al-Fatihah untuk setiap orang.

Niatkan Allah penuhi rohnya dengan kalam suci serta tutup serapatnya dari kemaksiatan dan unsur jahat.

Baca juga: Baca Al-Quran Tanpa Suara Lebih Baik Jika Takut Dianggap Riak, Ini Penjelasannya

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×