Nur

Beli Rumah Subsale Yang Bukan Orang Islam Duduk, Perlu Sertu Atau Tidak?

9
SHARES
RUMAH SUBSALE

Sesetengah orang lebih memilih untuk membeli rumah subsale kerana harganya sedikit murah. Namun, perkara ini menjadi tanda tanya buat orang Islam terutamanya jika rumah tersebut didiami oleh orang bukan Islam.

Hal ini di mana risau pemilik lama rumah tersebut ada membeli haiwan peliharaan seperti anjing. Adakah anda perlu sertu terlebih dahulu atau sebaliknya?

Baca juga: Ibu Ayah Kalau Sayang Anak, Jangan Lupa Amalkan Baca Doa Istimewa Ini…

BELI RUMAH SUBSALE BUKAN ORANG ISLAM DUDUK, PERLU SERTU KE

RUMAH SUBSALE

Sertu membawa maksud menyucikan mana-mana bahagian yang badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

Berbalik kepada persoalan di atas, pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas ia bernajis. Kita tidak sepatutnya mengandaikan perkara yang tidak nampak.

Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagimana kaedah usul fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

Jadi, rumah subsale yang diduduki oleh orang bukan Islam itu tidak perlu disertu kerana tiada bukti  keseluruhan rumah tersebut terkena najis mughallazah.

Jika jelas bukti atau tempat tertentu ada terkena najis mughallazah dan masih tidak dibersihkan, maka di kawasan tersebut sahaja perlu disertu. Sekiranya anda mahu sertu keseluruhan rumah, maka ia adalah harus.

Kesimpulannya, perbuatan sertu rumah adalah tidak wajib jika tiada sebarang kewujudan najis. Namun, sekiranya yakin, maka wajib untuk menyucikan najis tersebut.

Bagi yang tidak tahu, kaedah sertu rumah adalah seperti berikut:

– Basuh tempat tersebut sebanyak 1 kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak.

– Jirus air yang dicampur tanah pada tempat yang mempunyai najis.

Semoga bermanfaat dan menjawab persoalan anda.

Baca juga: Amalkan Baca 2 Doa Ini Jika Susah Tidur Malam, InsyaAllah Lena…

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×