Nur

Amalkan Baca 2 Doa Ini Jika Susah Tidur Malam, InsyaAllah Lena…

15
SHARES
doa susah tidur malam

Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting dalam kehidupan seharian kerana boleh membantu memberikan tenaga sepanjang hari. Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur, boleh cuba amalkan doa susah tidur malam seperti perkonsian di bawah.

Dua doa ini dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk dibaca pada waktu malam agar dapat mengatasi masalah insomnia. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Baca Al-Quran Tanpa Suara Lebih Baik Jika Takut Dianggap Riak, Ini Penjelasannya

DOA SUSAH TIDUR MALAM DALAM RUMI

DOA SUSAH TIDUR MALAM

Doanya adalah:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Rumi: Allahumma gharatin nujum wa hadaatil ‘yun wa anta hayyun gayyum la takkhuzuka sinatun wala naumun ya hayyu ya gayyum ahdi’ laili wa anim ‘aini

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya sebuah doa.

Selain itu, terdapat juga doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk baca sebelum tidur seperti di bawah:

Daripada al- Bara’ bin Azib r.a., Rasulullah SAW bersabda:

يَا فُلَانُ، إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ:

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ. فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ، وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ أَجْرًا.

Maksudnya: Wahai fulan, jika engkau hendak tidur di tempat tidurmu, maka panjatkanlah doa:

“Ya Allah, Aku menyerahkan jiwaku, diriku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku menyerahkan bulat-bulat urusanku kepada-Mu, aku menempatkan belakangku kepada-Mu kerana senang dan takut kepada-Mu dan tiada tempat berlindung keselamatan daripada-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang diturunkan-Mu dan aku beriman dengan yakin nabi-Mu yang diutuskan-Mu.” 

Jika engkau meninggal dunia pada malam itu, maka engkau akan mati dalam keadaan fitrah dan jika engkau masih hidup sampai pagi harinya, maka engkau peroleh pahala. (HR al-Bukhari, hadis sahih)

Semoga bermanfaat dan mendapat tidur yang lena.

Baca juga: Baca Al-Quran Di Telefon Tapi Tidak Berwuduk, Ini Hukum Anda Kena Tahu

Sumber: Maahad Al-Tahzib Wa Al-Ta’Alim & Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×