Sihat

Ketahui 5 Tanda Utama Batuk Kokol, Jika Dibiarkan Boleh Meragut Nyawa

7
SHARES
TANDA BATUK KOKOL

Tular di media sosial mengenai kematian seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang dilaporkan akibat batuk kokol. Bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, anda perlu kenali tanda batuk kokol agar tidak dibiarkan berpanjangan.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan bertambah serius dan meragut nyawa. Ikuti penjelasan lanjut tentang tanda batuk kokol yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan di bawah.

Baca juga: Makan Sayur Kubis Mentah Boleh Undang Bahaya, Ada Telur Cacing Jika Tak Dimasak!

TANDA BATUK KOKOL YANG ANDA KENA TAHU, JANGAN ABAIKAN

TANDA BATUK KOKOL

Batuk kokol juga dikenali sebagai pertussis dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Antara tanda batuk kokol adalah:

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

– Merangsang untuk muntah
– Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
– Menyebabkan kepenatan melampau;
– Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas

PUNCA PERTUSSIS/BATUK KOKOL

Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria. Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru anda.

Apa yang boleh tingkatkan risiko batuk kokol?

– Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan.

– Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan.

Bagi mencegah batuk kokol, anda perlu:

– Minum air secukupnya. air , jus dan sup adalah disarankan kepada anda.

– Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.

– Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.

– Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Tanda Kanser, Nampak Sihat Tak Mustahil Anda Penghidapnya, Jaga Kesihatan Sekarang!

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×