Sihat

Muka Sampai Kebiruan Akibat Batuk Ini & Betul Ke Boleh Bawa Maut? Doktor Jelaskan Wabak Batuk Kokol!

9
SHARES
wabak batuk kokol

Pernahkah anda mendengar wabak bernama batuk kokol? Kalau anda nak tahu, selain strok haba yang semakin menular sekarang ini, wabak batuk kokol juga tidak ketinggalan sama.

Melalui perkongsian dari Doktor Samhan, wabak batuk kokol telah telah dilaporkan meningkat oleh media sebanyak 986 peratus di Sabah, baru-baru ini. Namun, adakah wabak ini boleh meragut nyawa? Mari teruskan pembacaan anda di bawah!

Baca juga: Strok Haba Punca Organ Terbakar? Ketahui Punca, Gejala & Cara Elak Jadi Mangsa!

WABAK BATUK KOKOL BOLEH RAGUT NYAWA?

wabak batuk kokol

Selain strok haba, wabak batuk kokol semakin menular di kalangan masyarakat musim ini. Baru-baru ini juga keluar berita yang mengatakan kes batuk kokol di Sabah telah meningkat 986 peratus!

APA ITU BATUK KOKOL?

Ia juga dikenali sebagai pertussis. Dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”. Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

SIMPTOM BATUK KOKOL:

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

  1. Merangsang untuk muntah
  2. Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
  3. Menyebabkan kepenatan melampau;
  4. Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

APA PUNCA BATUK KOKOL / PERTUSSIS?

Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.

APAKAH YANG BOLEH TINGKATKAN RISIKO UNTUK DAPAT BATUK KOKOL?

  • Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan.
  • Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan.

GAYA HIDUP DAN RAWATAN SAMPINGAN UNTUK CEGAH BATUK KOKOL:

  1. Minum air secukupnya. Air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda.
  2. Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.
  3. Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  4. Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×