Sihat

Ajar Anak Jaga Kebersihan Diri Ketika Di Sekolah, Jangan Lupa 6 Perkara PENTING Ini

19
SHARES
KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan diri ketika anak berada di sekolah amat penting dan ibu bapa perlu ambil berat. Jangan sesekali membiarkan mereka terlupa tentang enam perkara penting seperti di bawah.

Jika kebersihan diri tidak dijuga, suasana pembelajaran juga menjadi tidak kondusif. Jadi, sebagai ibu ayah anda perlu terapkan tentang perkara ini di awal usia mereka.

Baca juga: Dr Rizal Abu Bakar Kongsi Tips Elak Haus Pada Bulan Puasa, Hilang Terus Rasa Dahaga!

AJAR ANAK JAGA KEBERSIHAN DIRI MACAM INI KETIKA DI SEKOLAH

KEBERSIHAN DIRI

1. Jaga kebersihan di tandas

Sama seperti di rumah, pastikan ibu-ibu menasihati anak supaya menjaga kebersihan ketika di tandas. Sebelum keluar, flush, tutup pili air dan buang tisu di dalam bakul sampah.

Jangan sesekali membuang sampah di dalam mangkuk tandas kerana boleh menyebabkan tersumbat. Paling penting sekali, suruh anak untuk membasuh tangan selepas menggunakan tandas.

Penjagaan kebersihan diri sangat penting untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit.

2. Tak guna barang kawan

Penjagaan kebersihan diri yang seterusnya adalah tidak menggunakan barang kawan. Walaupun ia kelihatan seperti perkara biasa namun sebenarnya boleh mengundang bahaya.

Lebih-lebih lagi pengunaan botol air kerana sekiranya kawan demam, ia akan berjangkit kepada anak.

3. Guna sapu tangan/tisu sendiri

Selain itu, gunakan sapu tangan atau tisu sendiri sekiranya berada di sekolah. Jangan sesekali berkongsi kerana ia boleh menyebabkan kuman merebak.

Ibu juga boleh menyediakan tisu basah untuk mereka bawa ke sekolah. Pesan agar lap kerusi dan meja sebelum duduk terutamanya jika berada di kantin sekolah.

4. Tutup mulut ketika bersin & batuk

Kebersihan diri yang seterusnya adalah agar memastikan anak menutup mulut ketika bersin dan batuk. Sediakan sapu tangan kecil untuk kegunaan ketika berada di sekolah. Bersin atau batuk tanpa menutup mulut boleh menyebabkan bakteria merebak.

5. Jaga kekemasan & kebersihan diri

Kebersihan diri yang perlu dijaga adalah jangan ulang kelengkapan sekolah seperti stoking, tudung, baju, skaf dan lain-lain. Ibu perlu memastikan agar semuanya dibasuh sebelum dipakai.

Kekemasan diri seperti rambut dan kuku perlu dipantau. Jangan biarkan si anak ke sekolah dengan kuku dan rambut terlalu panjang.

Paling penting sekali, kebersihan alat sulit perlulah dijaga dan ajar mereka untuk cuci bersih selepas ke tandas.

6. Sentiasa basuh tangan & guna sanitizer

Akhir sekali adalah nasihat anak untuk sentiasa membasuh tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sanitizer. Kuman yang ada ditangan boleh membawa kepada penyakit jika anak makan tanpa membasuh terlebih dahulu.

Pastikan ajar anak tentang enam cara menjaga kebersihan diri ini.

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Elak Sakit Perut Pada Bulan Puasa, Baru Bertenaga & Tak Pedih Ulu Hati

Sumber: Kelab Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×