Nur

4 Doa Boleh Amalkan Bila Si Manja Sakit Perut, Baru Lega & Tak Menangis!

2
SHARES
DOA HILANGKAN SAKIT PERUT UNTUK BAYI

Bergelar seorang ibu, pelbagai perkara perlu diambil berat supaya kesihatan si manja sentiasa terjamin. Hal ini bermakna apabila bayi mengalami kembung perut, ibu boleh cuba membaca doa hilangkan sakit perut seperti dikongsikan di bawah.

Ini merupakan antara salah satu cara boleh diamalkan selain berjumpa dengan doktor. InsyaAllah, membaca ayat suci di bawah boleh melegakan sakit perut bayi.

Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

DOA HILANGKAN SAKIT PERUT UNTUK BAYI

DOA HILANGKAN SAKIT PERUT

Terdapat beberapa doa boleh dibaca, antaranya adalah:

دَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَ بْصَارِ وَضِيَائِهَاِ وَعَلَهِ وَعَلَهِ وَعَلَهِ

(Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa-iha wa afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa `alaalihi wa shohbihi wa sallim)

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai ubat hati dan penyembuh, kesihatan tubuh badan dan penyembuh serta penyeri mata dan cahayanya. Semoga dicurahkan pula selawat dan salam. pada keluarga dan sahabatnya.”

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.”

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan membaca surah al-Fatihah dan selawat .

– Surah al-Fatihah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.“

– Selawat Syifa:

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad tibbil-qulubi wadawaa-iha, Wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha, wanuu-ril absori wa dhiya-iha, wa ‘ala Aalihi wasohbihi wasallim.

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengannya dapat menyembuhkan hati-hati (yang gelisah) dan dapat menyihatkan badan (dari segala penyakit) dan menjadi cahaya kepada pandangan (mata) dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat Baginda.”

Sekiranya si kecil anda mengalami sakit perut, boleh baca doa di atas. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah SAW Ini, Boleh Cegah Penyakit!

Sumber: Murtadha Dakwah Centre & Motherhood

Kredit imej: Ocean Property

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×