Famili

Pekerja Malas & Lembab Tak Sesuai Dapat Kenaikan Gaji, Perlu Dinilai Dahulu

9
SHARES
KENAIKAN GAJI

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat pengumuman berkenaan kaedah baru dalam menentukan kenaikan gaji penjawat awam.

Berita tersebut diumumkan ketika Program Madani Rakyat 2024. Jelasnya kaedah tersebut perlu melihat pretasi dan kecekapan pekerja sama ada layak atau tidak dinaikkan gaji.

Baca juga: Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Diumumkan 27 Mei Ini (Khamis)

KENAIKAN GAJI TAK SESUAI UNTUK PEKERJA MALAS

KENAIKAN GAJI

Tambahnya lagi, pendekatan itu dibuat bagi memastikan kenaikan gaji tidak berlaku secara automatik sepenuhnya. Sebelum ini, kenaikan gaji lazimnya mengikut tahun perkhidmatan seseorang walaupun dia merupakan pekerja bermasalah.

“Berhubung pengumuman kenaikan gaji, ada pembangkang yang mempertikaikan… itu tidak usah kita kira kerana pemilihan (kenaikan gaji) itu adalah berdasarkan prestasi.

“Sekarang umpamanya mengikut tahun (perkhidmatan), kadang-kadang orang itu lembap bekerja, tidak hadir, ada masalah disiplin (tetapi) terus dinaikkan gaji secara automatik. Kita hendak mengingatkan ia (kenaikan gaji) tidak automatik (sepenuhnya),” ujarnya.

Kenaikan gaji pada tahun 2024 merupakan paling tinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara iaitu sebanyak 13 peratus.

Anwar juga memberitahu bahawa kenaikan gaji perlu dinikmati secara adil jadi kaedah atau mekanisme perlu dicari agar dapat dicapai.

“Tidak adil jika orang yang bekerja tungkus lumus mendapat kenaikan (gaji), orang yang malas lembab pun mendapat kenaikan secara automatik… jadi harus diberikan pertimbangan itu,” jelasnya.

Pada tahun ini juga, kerajaan memperkenal  Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) untuk menilai pretasi pekerja.

Ketua jabatan membuat penilaian ke atas setiap seorang dan mata/markah 100 akan dipotong sekiranya gagal mencapai piawaian dan objektif yang ditetapkan.

Baca juga: Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×