Famili

Peringatan! Tak Daftar PADU Mungkin Jadi Sebab Anda Tak Dapat Bantuan Kerajaan

58
SHARES
daftar PADU 2024

Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mendengar peringatan untuk daftar PADU 2024 bukan? Bagi yang masih keliru, sistem PADU ini mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Oleh itu, ia sangat penting untuk anda berjaya mendapatkan dari kerajaan sekiranya mendaftar sistem PADU.

Baca juga: Jangan Rendam & Simpan Air Nabeez Kurma Lebih 3 Hari, Boleh Jadi ‘Haram’ Untuk Diminum!

TAK DAFTAR PADU 2024 MUNGKIN TAK DAPAT BANTUAN

daftar PADU 2024

Terbaharu, individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berkemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan. Ini berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, walaupun pendaftaran PADU ketika ini masih belum diwajibkan, namun ia digalakkan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, kerajaan masih mempunyai alternatif lain yang boleh digunakan melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam.

“Ia termasuk melalui kerajaan negeri dan tempatan, serta agensi syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan milik kerajaan yang terdapat dalam Padu bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah,” katanya dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar di dalam Padu atas pelbagai sebab. Beliau juga mahu kerajaan memperincikan apakah terdapat jaminan golongan itu tidak akan ketinggalan daripada mendapatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif. Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Menteri Ekonomi juga memberitahu bahawa sebanyak 4,752 kawasan di Malaysia belum diliputi pendaftaran Padu dan berisiko keciciran. Jadi,  orang ramai diingatkan untuk mendaftar dan mengemas kini data di PADU sebelum tarikh akhir 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan.

daftar PADU 2024

Cara untuk daftar PADU boleh KLIK DI SINI ya!

Baca juga: Nora AlMatrooshi, Wanita Islam Pertama & Lengkap Berhijab Tamat Latihan Angkasawan NASA

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×