Famili

95% Kanak-Kanak Keluarga B40 Di Kuala Lumpur Hidup Dalam Kemiskinan

12
SHARES
keluarga b40

Seperti yang kita tahu, di Malaysia khususnya, terdapat beberapa pembahagian golongan mengikut taraf pendapatan hidup seperti keluarga B40 (paling rendah), M40 ( pendapatan sederhana) dan T20 (pendapatan tinggi). Namun, di sebalik sering dilihat sebagai satu keluarga, kita terlepas pandang bahawa golongan kanak-kanak khususnya dalam keluarga B40 berada dalam keadaan bahaya.

Hal ini kerana, laporan baharu mengatakan hampir 95 peratus kanak-kanak daripada isi rumah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur dilaporkan hidup dalam kemiskinan.

Baca juga: 300,000 Pelajar Lepasan SPM Lebih Berminat Untuk TIDAK Sambung Belajar

KANAK-KANAK KELUARGA B40 DI KL HIDUP DALAM KEMISKINAN

keluarga b40

Foto hiasan: HasrulHassan.com

Berdasarkan laporan dari Sinar Harian yang mendapat kajian dilakukan oleh Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, data tersebut merupakan hasil tinjauan daripada 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

Bahkan, Pakar Ekonomi dan juga Felo Penyelidik di Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, daripada peratusan tersebut, 40 peratus dilaporkan tinggal dalam isi rumah yang di bawah garis kemiskinan.

“Kemiskinan relatif merupakan satu metrik penting yang menggambarkan kemajuan taraf hidup yang seharusnya mengiringi pertumbuhan ekonomi”.

Menurut beliau, walaupun kadar kemiskinan relatif isi rumah secara keseluruhannya berkurangan, turun daripada 92 peratus sebelum pandemik kepada 78 peratus, kemiskinan relatif dalam kalangan isi rumah diketuai wanita dan kanak-kanak masih lagi tinggi.

Kajian itu merupakan kesinambungan daripada projek Keluarga di Pinggiran (FOE). Semasa pandemik Covid-19, UNICEF dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNFPA) menjalankan kajian longitudinal kaedah campuran empat fasa semasa dan selepas pandemik. Sampel kajian terdiri daripada 501 isi rumah dengan hampir 30 peratus daripadanya adalah responden yang pernah ditemu bual untuk projek FOE.

Selain itu, terdapat sampel tambahan 254 isi rumah, terutamanya isi rumah yang diketuai oleh wanita. Sementara itu, ujarnya, meskipun kebanyakan ketua isi rumah sudah kembali bekerja dan pendapatan keluarga bertambah baik namun, kadar kemiskinan masih lagi tinggi.

Kemiskinan masih tinggi pada kadar 41 peratus pada Oktober 2023, namun jatuh sedikit berbanding 45 peratus pada Mac 2021.

keluarga b40

*Walaupun kadar kemiskinan tegar di Kuala Lumpur hampir sifar, ia masih lagi menjadi isu penting dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Nampaknya, tangga gaji minimum perlu dinaikkan, setuju atau tidak?

Baca juga: Ini Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas, Boleh Dapat Bantuan Baucar Beli-Belah RM150!

Sumber: Sinar Harian

Foto: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×