Famili

Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini

197
SHARES
kemasukan tahun 1

Kemasukan tahun 1 sesi 2024/2025 dibuka mulai 2 Mei ini sehingga 30 Jun 2024. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://idme.moe.gov.my.

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja yang layak memohon pendaftaran ini.

Baca juga: Seramai 28,531 Pelajar Peroleh Keputusan 8A Untuk Peperiksaan UPKK

KEMASUKAN TAHUN 1 2024/2025 DIBUKA BERMULA 2 MEI INI

kemasukan tahun 1

Creator: HAFIZ SOHAIMI
Credit: fotoBERNAMA

Bagi pengguna sedia ada, boleh log in seperti biasa menggunakan kad pengenalan dan kata laluan. Pengguna baru IDME KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna. mengunakan ID pengenalan penjaga.

Pemohon boleh memulakan pengisian borang permohonan secara online dengan memberikan maklumat yang perlu diisi seperti:

Proses pemohonan eDaftar tahun 1 adalah seperti di bawah:

1. Log masuk seperti biasa. Klik Permohonan Kemasukan dan pilih Paparan folder permohonan.

2. Seterusnya, klik tulisan biru dan tekan Mohon.

3. Kotak dialog makluman akan muncul. Klik OK jika memenuhi syarat.

4. Pilihan sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan.

5. Selesai pengisian, klik Seterusnya.

6. Waris perlu muat naik dokumen yang diminta mengikut format dan saiz yang di tetapkan.

7. Selesai pengisian, klik Seterusnya.

8. Tick kotak Saya mengaku…..

9. Klik Hantar. Waris perlu mencetak permohonan.

10. Borang sokongan perlu dicetak dan dihantar bersekali dengan borang permohonan.

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh klik di sini.

Baca juga: Bercerai Pasangan Bawah 30 Tahun Makin Meningkat, Jarang ‘Bersama’ Salah Satu Punca!

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Kredit imej: SK Taman Seri Wang, Sg. Petani, Kedah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×