Famili

Seramai 28,531 Pelajar Peroleh Keputusan 8A Untuk Peperiksaan UPKK

31
SHARES
peperiksaan upkk

Bermula hari ini keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sudah boleh disemak. Menerusi laporan Berita Harian, seramai 28,531 daripada 230,687 calon yang menduduki peperiksaan UPKK 2023 peroleh keputusan cemerlang (A) bagi semua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran tersebut adalah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab; Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.

Baca juga: Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Haram Jika…

SERAMAI 28,531 PEROLEH 8A UNTUK PEPERIKSAAN UPKK

peperiksaan upkk

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 88% calon mencatat lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula adalah 1.89 mata.

Jelasnya Gred Purata Skor bagi mata pelajaran al-Quran adalah sebanyak 1.35 mata, Ulum Syariah (2.52 mata); Sirah (2.31 mata); Adab (2.03 mata); Jawi dan Khat (1.97 mata); Lughatul Quran (2.56 mata); Penghayatan Cara Hidup Islam (1.17 mata); serta Amali Solat (1.17 mata)

“Calon yang mendapat 8A adalah sebanyak 12.37 peratus manakala 7A adalah seramai 18,185 calon atau bersamaan 7.89 peratus diikuti 6A berjumlah 19,606 calon iaitu 8.5 peratus.

“Calon yang mendapat 5A adalah seramai 25,697 orang, 4A (28,422 calon), 3A (48,031 calon), 2A (28,460 calon) dan 1A (22,302 calon),” ujarnya.

Seramai 22,302 calon tidak mendapat sebarang gred A dan seramai 14 orang pula yang mendapat semua D.

Beliau berharap agar murid yang mengikuti kelas KAFA dapat menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang.

Keputusan peperiksaan UPKK boleh disemak di laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dengan menggunakan nombor MyKad serta angka giliran.

Semakan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu UPKK nombor MyKad nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Baca juga: Budaya Sebar Kod QR Sendiri Untuk Minta Duit Raya Perlu Dihentikan….

Sumber: BH Online

Kredit imej: Kosmo Digital

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×