Nur

Jenis Pekerjaan Yang Boleh Jatuh Hukum Haram, Jika Dalam Situasi Ini…

1
SHARES
JENIS PEKERJAAN

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis pekerjaan yang tidak digalakkan untuk bekerja kerana hukumnya boleh menjadi haram sekiranya tidak berlandaskan syariat agama.

Kerahmatan dan reda Allah sangat penting dalam kehidupan seharian agar semua urusan dipermudah dan tidak sentiasa dalam lindunganNya.

Baca juga: Ini 5 Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah, Jangan Sampai Terlewat & Lupa Bayar!

JENIS PEKERJAAN YANG HARAM DISISI ISLAM JIKA …..

JENIS PEKERJAAN

1. Bank konvensional

Secara asasnya, pekerjaan yang tidak melibatkan riba itu hukumnya adalah harus. Namun, bekerja di bank konvensional merupakan institusi perbankan yang terlibat dengan riba.

Oleh itu, ada baiknya jika berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan yang lebih diyakini. Hal ini tentunya akan berbeza antara setiap individu dengan individu yang lain serta kesusahan yang dihadapi untuk mendapat pekerjaan lain.

2. Pramugari

Menerusi penjelasan Ustaz Adnin, bekerja sebagai pramugari adalah satu pekerjaan yang mulia. Namun, melakukan kerja tanpa menutup aurat bagi muslim adalah satu perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

Pekerjaan ini juga dilaknat oleh Allah SWT sekiranya seseorang muslim ada menyediakan minuman keras untuk penumpang.

3. Pemuzik dan penyanyi

Hukum bekerja sebagai pemuzik dan penyanyi bukanlah satu perkara yang haram. Walau bagaimanapun, ia boleh jatuh haram sekiranya muzik tersebut menggalakkan zina, dorongan meminum arak, tarian-tarian mengghairahkan dan lirik yang mendorong kepada keganasan.

Sekiranya muzik dan nyanyian tersebut tidak mempunyai unsur-unsur yang diharamkan seperti arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan aqidah Islam serta melalaikan pendengar, maka hukumnya adalah harus.

4. Model wanita

Pekerjaan model bagi kaum wanita menjadi haram apabila aurat ditayangkan dan tidak ditutup dengan sempurna. Seperti contoh, wanita muslimah menjadi model pakaian dalam dan itu sudah tentunya perbuatan yang melanggar syariat Islam.

Islam mengharamkan mendedahkan apa yang boleh menaikkan syahwat, dan mengharamkan melihat apa yang boleh menaikkan syahwat.

Justeru, adalah haram untuk menjadi model seluar dalam kerana pekerjaan itu adalah haram. Gaji dan upah pekerjaan itu juga tidak sesuai digunakan dalam kehidupan.

Ada baiknya jika anda mencari pekerjaan lain yang lebih dirahmati oleh Allah SWT.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Non-Muslim Gunting Rambut Bayi Di Majlis Berendoi, Ambil Tahu Sebelum Buat

Sumber: YouTube & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×