Famili

Lelaki Ini Kongsi 9 Tips Lulus Peperiksaan & Temuduga SPA Dengan Cemerlang!

1
SHARES

Setiap kali mahu menghadiri proses temuduga kerja pasti pelbagai tips atau panduan kita cari dan baca untuk memudahkan serta melancarkan proses tersebut. Tidak mudah untuk kita melepasi sesi temuduga lebih-lebih jika anda menghadiri temuduga SPA.

Hal ini kerana kita perlu menjalani beberapa proses dan temuduga yang ‘luar biasa’. Jadi, bagi anda yang tertanya-tanya tips untuk berjaya temuduga SPA, jom kita baca perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Amirul Aliif.

Baca juga: Seramai 7281 Tercalon, Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk ‘Lepas’ Temuduga SPA

LELAKI INI KONGSI 9 TIPS BERJAYA LULUS PEPERIKSAAN & TEMUDUGA

Ramai kawan-kawan Facebook saya bertanyakan tips dan panduan ringkas untuk melepasi tapisan penjawatan di SPA. Namun saya ingatkan situasi dan perkongsian ini adalah berdasarkan permohonan saya kepada Penjawatan S41 Pegawai Penerangan Kementerian Komunikasi Multimedia.

Mana yang baik anda boleh ambil, tapi saya ingatkan ia tidak boleh disamarata dengan setiap penjawatan anda mohon pada sistem SPA9. 

1. SPA9

Anda perlu melengkapkan segala maklumat dengan betul (terutama bahagian e-mail & no kad pengenalan) dan mengemukakan data-data yang sahih dan benar.

Sekiranya sistem memerlukan anda memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan anda berbuat sedemikian terlebih dahulu.

Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang anda muat naik adalah baik dan jelas. Dapatkan sijil SPM anda bukan slip keputusan SPM untuk urusan rasmi SPA.

2. PEMILIHAN JAWATAN

Jika anda pemegang Ijazah Sarjana Muda saya sarankan untuk mohon Gred 41. Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang anda ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA.

Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakkan akedemik kerana ini boleh membantu anda mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.

3. PEPERIKSAAN SPA

Seperti peperiksaan yang biasa, kita perlu membuat persiapan mental dengan sedikit latihan terutama mengasah bakat matametik yang tidak pernah tajam itu. Namun jika punya kelemahan dalam sub ujian tertentu saya sarankan untuk minta bantuan kawan-kawan untuk jawab bersama.

4. SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPA

Pihak SPA akan memuat naik satu link ‘senarai semak temuduga’. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Biasanya saya juga akan buat satu salinan ‘hard copy’ sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belom mencukupi.

Senarai semak temuduga ini adalah penting, saya pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan.

5. RESUME

Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga.

Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan ‘hightlight’ sijil yang berkaitan dengan penjawatan. Saya aktif dengan Pidato Kenegaraan Jab Penerangan jadi ini saya letakkan dalam resume dan simpanan bukti sijil sekiranya panel ingin melihat.

6. ADAB & ADAT BERCAKAP

Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan. Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon.

Sewaktu saya di temuduga saya berikan sedikit salutasi ringkas kepada panel sewaktu itu saya mendapat Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Contoh:

“Asalamualaikum wbt & Salam Malaysiaku Prihatin saya ucapkan kepada Tan Sri Dato’ Haji Othman B Mustafa (Jawatan) Seterusnya buat Dato’ Mantan Ketua Pengarah Jab Penerangan Dato’…”

7. SENI PENGUCAPAN

Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa.

Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

Contoh soalan yang saya dapat sewaktu temuduga:

– Berikan saya perancangan kamu sebelom semasa & selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program ‘Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia.

*Tenang dan jangan gelabah, senyum je diorang sengaja nak tahu kita bersedia atau tidak. Jangan poyo dan acah juga ya.

8. JANGAN BUAT-BUAT PANDAI

Contohnya panel ada tanya saya “Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, saya jawab (Ya) “Tuan ada follow youtube Jabatan, saya jawab (Ya) kemudian dia terus tanya.

Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini. Terciduq kalau korang sembang kencang tadi, jadi bersikap jujurlah.

Tapi nasib saya baik sebab memang dah buat kajian sedikit laman-laman rasmi mereka sebab bersedia dengan soalan cepumas seperti ini. *(Call orang yang dah lulus temuduga untuk dapatkan tips)

9. KEBERKATAN

Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai.

Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga. Semoga memberi manfaat & membantu anda semua, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dimana-mana.

Sumber: Facebook Amirul Aliif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×