Kerjaya

Wanita Ini Kongsi Cara Susun Fail Sijil Untuk Temuduga SPA. Semua Lengkap, Baru Tak Gelabah!

192
SHARES
tips temuduga SPA

Kebanyakan daripada kita tentu mempunyai cita-cita untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.

Antara kelebihan bekerja dalam sektor kerajaan ni antaranya adalah kerana status pekerjaan yang selamat, terjamin dan kemudahan yang dapat memanfaatkan seisi keluarga.

Kalau nak dapat kerja kerajaan ni, kenalah mohon jawatan kerajaan dan pergi temuduga SPA dulu.

Dalam artikel kali ini, jom kita baca perkongsian oleh Dr Emee Marina Salleh yang menceritakan pengalaman beliau serta beberapa tips temuduga SPA, termasuklah cara susunan fail sijil yang perlu dibawa semasa temuduga nanti.

Pengalaman Temuduga SPA

Saya, graduan Ijazah Doktor Falsafah (Metallurgy/ Materials Engineering) yang sejak kecilnya terlupa untuk mempunyai cita-cita kerjaya.

  • 2005-2009: Ijazah Sarjana Muda
  • 2009-2012: Sarjana Sains
  • 2012-2016: Doktor Falsafah

Dalam sepanjang tempoh pengajian saya ini, saya pernah menjadi Pensyarah Sambilan di UiTM. Pengalaman yang indah.

Sejujurnya, tanpa sengaja saya sambung pengajian sehingga peringkat PhD. Tiada perancangan.

Bila tiba hari untuk submit final thesis, perasaannya bercampur-baur. Seronok kerana sempurnanya sebuah disertasi.

Namun, teramat sedih kerana terhentinya sebuah perjalanan pembelajaran yang rasmi.

Apapun Alhamdulillah, ALLAH masih rezekikan saya untuk menimba ilmu.

University Tour Mission saya bermula:
(walaupun hanya sempat tour di 3 out of 5 universities).

  • 2017-2018: Postdoc Researcher di UKM
  • 2018-2019: Postdoc Researcher di UPNM
  • Awal 2019: Postdoc Researcher di UNITEN & seterusnya di UKM

In between, sayalah Pensyarah, sayalah Penyelia, sayalah yang meminjamkan telinga untuk mendengar banyak luahan rasa pelajar & rakan sekerja. Dan sayalah juga PA kepada Penyelia.

Sedikit pengalaman sebagai Pensyarah sudah cukup untuk membuat saya berasa puas & syukur.
The whole years…so meaningful. I appreciate semua pengalaman ini sebagai kenangan terindah.

Sangat indah!

Februari 2019: Temuduga SPA Pertama

Pada bulan Februari 2019, saya menghadiri temuduga SPA yang pertama, di Putrajaya bagi Jawatan Pegawai Penyelidik Q41.

Niat asal hanya untuk menimba pengalaman. Seronok pengalamannya. Sesinya lebih kepada berkongsi pengalaman & ilmu daripada menonjolkan kekuatan diri.

Kerana jawatan ini, bukan cita-cita saya. Kerana saya sendiri masih tidak mempunyai cita-cita dalam kerjaya.

Dan dalam waktu yang sama, saya selesa dengan kerjaya semasa.
Takdir ALLAH indah. Yang kadang-kadang sukar untuk kita faham.

Mei 2019: Terima Surat Tawaran

Pada bulan Mei 2019, saya menerima Surat Tawaran bagi Jawatan Pegawai Penyelidik Q41.

Perasaan: Undescribable.

Saya berkongsi perkhabaran ini dengan orang terdekat. Alhamdulillah, rata-ratanya gembira. Dan Ibu adalah insan yang paling bahagia. She’s the one who knows my struggles.

Dan Ibu sentiasa pesan, “Yang mencukupkan rezki kita bukan kerana gaji yang besar, tapi kerana KEBERKATAN.”
Kebahagian Ibu sangat cukup untuk saya membuat keputusan. Tanpa fikir panjang, I resigned the current job (walaupun saya terlalu selesa dengan kehidupan itu di ketika itu) & accepted the offer (which mean I have to have a new life).

My former Supervisor sangat terkejut apabila saya khabarkan tentang jawatan ini, Q41.
His words, “Dr. Emee, you deserve better position.”

Tapi dalam waktu yang sama beliau sama-sama encourage saya to do well, keep performing my best & just grow higher.

Mungkin pada jawatan ini, ianya nampak tidak setimpal dengan kelayakan akademik. But trust me, HE knows the best. Our BEST PLANNER ever. And enjoy!

Berkelulusan PhD, tak bermakna kita harus memulakan kerjaya dengan gred 51.
Berkelulusan PhD, tak bermakna kita harus memulakan kerjaya dengan gaji 7K ke atas.

Tips Temuduga SPA

Seperti yang diminta, saya sekali lagi berkongsi tentang fail dokumentasi bagi sesi TEMUDUGA SPA secara ringkas.

Dimulakan dengan Bismillah.

Tips Persediaan Untuk Temuduga SPA:

  • Study tentang jawatan & Jabatan.
  • Penampilan mesti kemas, yakin & sopan.
  • Dokumentasi mesti kemas & tersusun.

Penampilan haruslah kemas & sopan sesuai dengan jawatan yang dipohon.

  • Pakai Baju rasmi / kebangsaan.
  • Warna tidak terlalu garang.
  • Kasut hitam BERTUTUP.

[ Baca juga : Tutorial Cara Mohon Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam Melalui Website SPA Yang Baharu ]

Sekadar perkongsian, fail sijil yang dibawa semasa temuduga SPA adalah seperti berikut:

Susunan Fail Sijil Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga SPA

1. Cover Depan

Cover depan, sebaiknya paparkan NAMA PENUH & NOMBOR KAD PENGENALAN.

tips temuduga SPA

2. Muka Surat Pertama

Di muka surat pertama, sebaiknya paparkan NAMA JAWATAN & GRED JAWATAN.

3. Cetakan Jemputan Temuduga

Cetakan jemputan temuduga bagi membuktikan maklumat temuduga.

(Mesti dibawa bagi tujuan pendaftaran & pengambilan nombor angka giliran temuduga).

tips temuduga SPA

4. Resume

Sediakan ringkasan maklumat diri dengan jelas dalam bentuk RESUME.

*Wajib ada.

5. Maklumat Pengenalan Diri

Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran.

(Lekatkan sahaja Kad Pengenalan pada ruangan fail).

6. Maklumat Pendidikan

Mulakan susunan dengan aras yang paling rendah ke paling tinggi.

*Gred 41 ke atas: Mulakan dengan PMR & seterusnya.
*Gred 41 ke bawah: Mulakan dengan UPSR & seterusnya.

NOTA: Untuk Jawatan Grred 41 ke atas dah tak perlu sijil PMR. Dari SPM sudah memadai.

7. SPM & Sijil Berhenti Sekolah

8. Sijil MUET

(kebiasaannya bagi Gred 41 sahaja/ optional)

Dan teruskan dengan maklumat pendidikan selanjutnya, SKROL & TRANSKRIP lengkap.

9. SKROL & TRANSKRIP LENGKAP

i) Bagi Ijazah Sarjana Muda – Wajib ada bagi jawatan GRED 41 ke atas.

ii) SKROL & TRANSKRIP LENGKAP Ijazah Sarjana (Optional).

iii) SKROL & TRANSKRIP LENGKAP bagi Doktor Falsafah (Optional).

10. Sijil Penglibatan Kokurikulum & Kurikulum

Sijil penglibatan di peringkat universiti bagi menunjukkan status aktif sepanjang bergelar mahasiswa.

Kokurikulum & kurikulum.

11. Dokumen Pengalaman Kerja

Surat tawaran/ lantikan kerja yang diterima bagi membuktikan pengalaman kerja. (Optional).

12. Sijil-sijil Lain

Sijil-sijil lain terutamanya sijil di peringkat sekolah.

Nombor angka giliran bagi temuduga akan diberikan semasa pendaftaran bagi calon yang membawa maklumat lengkap seperti yang diperlukan.

Selamat Berjaya!

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan template susunan fail beserta resume saya, boleh dapatkan secara online melalui link ini:
https://drive.google.com/…/1P3JcJSf0OouBUboA4sbq…

P/S: Rezeki milik ALLAH. Tugas kita, usahakan sehabis baik. Allahu yuftah alaykum. Allahumma ameen.

Semoga ianya bermanfaat & boleh diaplikasikan dalam pelbagai sesi temuduga yang bersesuaian.

Salam sayang penuh hormat,
Dr Emee MS

[ Baca juga : 7 Cara Berkesan Isi Maklumat Dalam LinkedIn Supaya Mudah Dipanggil Temuduga & Dapat Kerja ]

*Tips temuduga SPA ini dikongsikan oleh Puan Emee Marina Salleh menerusi Facebook. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tips temuduga SPA melalui pengalaman beliau, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×