Kerjaya

Jangan Seronok Sangat, Ini Situasi Dapat Kerja Guna ‘Cable’ Boleh Jatuh Hukum Haram

12
SHARES
cara dapat kerja

Melalui proses ditemu duga, ujian dan beberapa saringan lain merupakan antara perkara anda perlu berhadapan untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Mungkin cara dapat kerja yang digunakan oleh individu berkesan dan mungkin juga tidak berkesan.

Bercakap tentang hal ini, pasti ramai yang tidak asing lagi dengan istilah menggunakan ‘orang dalam’ atau ‘kabel’. Tertanya juga, apakah sebenarnya hukum mendapatkan kerja atau projek dengan menggunakan kabel atau orang dalam kerana nampak macam tiada rasa bersalah..

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

CARA DAPAT KERJA GUNA ORANG DALAM ADALAH HARAM

cara dapat kerja

Foto: Inc Magazine

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, terdapat dua situasi yang boleh dikelaskan untuk membezakan sama ada kita boleh atau tidak menggunakan orang dalam tersebut.

Jelas beliau, jika kabel tersebut membantu untuk memudahkan urusan kita untuk mendapatkan kerja, ia dibolehkan. Apa yang dimaksudkan dengan memudahkan urusan itu contohnya anak sendiri bekerja dalam organisasi berkenaan dan kita meminta bantuannya untuk mendapatkan borang permohonan kerja atau menghantarkan dokumen terlibat.

“Kalau memerlukan borang, boleh suruh anak kita ambilkannya. Jika perlu menghantar gambar dua keping, bolehlah minta tolong dia hantarkan, tak perlu lagi kita ke pejabat tersebut.”

“Ini yang dibolehkan kerana memudahkan urusan dan tidak mengambil hak orang lain,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube.

Namun, jelas Ustaz Azhar, situasi yang tidak dibolehkan jika permohonan kerja yang sepatutnya diundi atau disaring, tetapi anda tidak perlu melalui proses tersebut disebabkan faktor orang dalam tadi.

Contohnya, disebabkan kabel, mereka tidak diundi dan dapat projek. Orang lain ingatkan (dapat kerja disebabkan) undi, rupanya tertipu. Maka, haram hukumnya.

ADA PERSPEKTIF BERBEZA

cara dapat kerja

Foto: ABC

Tidak ketinggalan, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni itu boleh dilihat dari perspektif yang berbeza.

Pertama, jika ia melalui cara dibenarkan seperti dari sudut seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenalinya yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan bersesuaian.

Maka, pertolongan yang sebegini adalah harus dan dibenarkan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad al-Fatwa Siri ke-692: Hukum Mendapat Kerja Menggunakan Kabel atau Kroni di laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.

Bagi perspektif kedua yang melalui sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata seperti ahli keluarga atau sahabat karib tanpa nilai kompetensi atau kelayakan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, jenis itu diharamkan kerana menzalimi hak orang lain.

*Tanpa kita sedar, budaya menggunakan kroni ini akan menjadi punca budaya dalam kerja yang tidak sihat dan toksik! Sekurang-kurangnya, berusahalah sendiri ya.

Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×