Famili

9 Karier Popular Pilihan Adik-Adik Lepas SPM, Ini Proses Untuk Capai Cita-Cita!

2
SHARES
kerja lepas spm

Memilih hala tuju kerja lepas SPM bukanlah perkara yang mudah. Mungkin semasa sekolah rendah anda mempunyai impian untuk menjadi angkasawan tetapi semua itu berubah apabila tahu mengenai pasaran kerjaya semasa yang lebih ‘laku’.

Jadi, selepas selesai mengambil keputusan SPM, mak ayah perlu bimbing anak-anak supaya pilih bidang yang sesuai dengan pasaran kerja sekarang bagi mengelakkan mereka ketinggalan. Berikut merupakan proses yang perlu dilalui jika mereka memilih antara 9 kerjaya yang popular ini.

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

9 KARIER YANG POPULAR, INI HALA TUJU KERJA LEPAS SPM

kerja lepas spm

1.Jurutera

-Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Mengambil kursus asasi sains atau matrikulasi

-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan: Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang seperti kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, kimia atau elektronik. Tempoh pengajian biasanya 4 tahun.

-Daftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM): Mendaftar dengan BEM untuk menjadi Jurutera Berdaftar (Profesional Engineer).

2.Doktor Gigi

Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Mengambil kursus asasi sains atau matrikulasi

-Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian ( BDS): Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di universiti tempatan atau luar negara. Tempoh pengajian biasanya 5 tahun.

-Latihan Housemanship: Menjalani latihan housemanship selama satu tahun di klinik atau hospital yang diiktiraf.

3.Guru

-Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP): Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti awam atau swasta.

-Pilih bidang seperti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Sekolah Rendah, Pendidikan Sekolah Menengah dan lain-lain.

-Menjalani praktikum di sekolah.

-Maktab Perguruan/ Institut Pendidikan Guru (IPG): Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan oleh IPG.

-Pilihan kursus mengikut bidang seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan lain-lain.Tempoh pengajian biasanya dalam 4 tahun.

4.Bomba

-Sijil SPM: Lulus SPM dengan kredit dalam beberapa mata pelajaran yang ditetapkan.

-Latihan bomba: Memohon dan menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempoh latihan biasanya 6 bulan hingga 1 tahun.

-Pendidikan Tinggi Opsyenal: Melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan seperti keselamatan kebakaran atau pengurusan bencana untuk peluang kenaikan pangkat.

5.Juruterbang

-Sijil Penerbangan Persendirian (Private Pilot License-PPL): Mengambil kursus PPL sebagai permulaan.

-Sijil Penerbangan Komersial (Commercial Pilot License-CPL): Melanjutkan pelajaran dengan mengambil kursus CPL dan tempoh kursus bergantung kepada sekolah penerbangan yang dipilih.

-Sijil Pengangkutan Penerbangan (Airline Transport Pilot License- ATPL): Mendapatkan ATPL untuk layak menjadi juruterbang komersial bagi syarikat penerbangan.

-Latihan dan pengalaman: Mengumpul jam penerbangan yang diperlukan dan menjalani latihan lanjut dengan syarat penerbangan.

6.Doktor

-Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Mengambil kursus asasi sains atau matrikulasi

-Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS/MD): Lanjut pelajaran dalam bidang perubatan di universiti tempatan atau luar negara. Tempoh pengajian dalam 5-6 tahun.

-Latihan Housemanship: Jalani latihan housemanship selama 2 tahun di hospital yang diiktiraf.

-Latihan Kedoktoran (Specialist Training): Melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran tertentu jika ingin jadi pakar.

7.Peguam

-Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Mengambil kursus asasi atau matrikulasi dalam bidang undang-undang atau sastera.

-Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB): Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan tempoh pengajian dalam 3-4 tahun.

-Latihan Dalam Kamar (Chambering): Latihan chambering selama sembilan bulan di firma guaman setelah tamat pengajian LLB. Dapatkan Sijil Amalan Guaman (CLP) jika diperlukan.

8.Wartawan

-Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Mengambil kursus asasi atau matrikulasi dalam bidang sastera atau komunikasi.

-Ijazah Sarjana Muda Komunikasi atau Kewartawanan: Lanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Kewartawanan, atau Media. Tempoh pengajian dalam 3-4 tahun.

-Latihan Praktikal: Jalani latihan praktikal atau internship di syarikat media atau penerbitan.

9.Arkitek

-Form 6 atau Asasi 1 Tahun atau Diploma ( 3 tahun) atau Degree in Architecture (4 tahun) atau Degree Di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (3-4 tahun)- LAM Part 1

-Kerja (6 bulan- 1 tahun): Ikut kepada pointer semasa tamat degree.

-Sambung Master in Architecture di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (2 tahun)- LAM Part 2

-Daftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

-Bekekrja (minimum 2 tahun) untuk mengisi buku log praktikal bagi menduduki peperiksaan profesional LAM Part 3.

-Hantar logbook praktikal untuk disemak dan disahkan bersedia untuk menduduki peperiksaan profesional LAM Part3.

-Menduduki Ujian Lisan peperiksaan profesional LAM Part 3. Jika lulus, layak menduduki ujian bertulis peperiksaan profesional LAM Part3 (2 kertas)

-Jika lulus layak untuk mendaftar diri sebagai Arkitek Profesional dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

kerja lepas spm

*Jadi, anak-anak bercita-cita nak kerja sebagai apa tu?

Baca juga: Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

Sumber: Aji Yusop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×