Kerjaya

7 Cara Berkesan Isi Maklumat Dalam LinkedIn Supaya Mudah Dipanggil Temuduga & Dapat Kerja

23
SHARES

Kewujudan pelbagai platform untuk mendapatkan pekerjaan wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Terutama kepada mereka yang sedang menuntut di mana-mana institusi pendidikan dan bakal menghabiskan pengajian. Saluran sebegini akan memudahkan anda menonjolkan diri. Berikut adalah langkah-langkah saluran LinkedIn yang boleh digunakan bagi mendapatkan panggilan temuduga dan jawatan yang diinginkan.

LANGKAH-LANGKAH PENGISIAN MAKLUMAT MENERUSI LINKEDIN

1. PENGENALAN DIRI

Rajinkan diri menulis deskripsi mengenai diri anda. Bahagian ini seperti maklumat dalam ‘cover letter’ tetapi secara atas talian. Kemaskini perihal mengenai kedudukan, kekuatan dan kelebihan serta minat anda.

2. MAKLUMAT DIRI

Seterusnya, kemaskini maklumat terkini anda seperti website (jika ada)  dan tarikh lahir. Cipta pautan LinkedIn serta letakkan email yang masih aktif. Terpulang pada anda jika mahu masukkan nombor telefon kerja.

3. MAKLUMAT PENGAJIAN

Isikan setiap institusi yang pernah dimasuki dalam bahagian ini. Seperti tempat anda bersekolah sehingga peringkat terakhir yang pernah anda masuki. LinkedIn akan padankan anda dengan kenalan dari institusi yang sama.

4. AKTIVITI KOKURIKULAR

Jelaskan aktiviti kokurikular anda. Jangan hanya biarkan tergantung seperti “Guru Bahasa English, mengajar kepada yang memerlukan”. Terangkan apa yang telah anda lakukan dengan spesifik dan apa yang anda peroleh daripadanya segaimana rujukan gambar diatas.

5. MANFAATKAN GAMBAR

Gunakan gambar atau media yang boleh dimuatnaik dalam LinkedIn. Seperti fungsi gambar berkumpulan yang boleh membuktikan anda pernah terlibat dengannya.

6. KEMAHIRAN YANG DIMILIKI

Majikan akan menggunakan bahagian ini untuk padankan kemahiran anda dgn kriteria yang mereka cari. Dapatkan rangkaian yang boleh menyokong anda.

7. PENCAPAIAN

Senaraikan modul yang dipelajari di universiti dan sebarang penghargaan serta pencapaian dari luar. Meskipun penghargaan pertolongan cemas kerana ia dapat menambahkan lebih nilai.

Selamat maju jaya! Usaha tangga kejayaan.

Sumber: Malissa Ali, InfoKerjayaMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×