Rakyat

Tutorial Cara Mohon Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam Melalui Website SPA Yang Baharu

374
SHARES

Seperti semua sedia maklum sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan melancarkan laman web baharu iaitu SPA9 pada 5 Oktober 2020 bagi menggantikan SPA8i. Laman ini diwujudkan untuk orang awam memohon jawatan kosong dalam perkidmatan awam.

Ternyata ramai yang tidak sabar untuk memohon jawatan dalam perkhidmatan awam ini. Apa yang menariknya adalah, laman web yang baharu ini dilihat lebih kemas dan tersusun rapi. Jadi, mudah untuk anda menggunakannya dan tidak pening kepala lagi.

CARA MOHON JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM GUNA SPA9

1. 1.Klik pendaftaran pengguna

2. Masukkan maklumat peribadi pemohon

3.Masukkan kata laluan dan kod keselamatan seperti tertera

4.Selesai daftar, klik Log Masuk untuk daftar masuk ke akaun anda

5.Lengkapkan maklumat peribadi seperti diminta

6.Masukkan alamat surat menyurat dan ukuran fizikal

7.Lesen anda akan tertera secara automatik kemudian klik SETERUSNYA

8.Masukkan latar belakang pelajaran

9. Masukkan kebolehan bahasa, bakat, sukan, penerima bantuan dan kurang upaya (jika berkaitan)

10. Pilih jawatan bakat, latihan separa perubatan dan jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda

11. Kemudian semak maklumat permohonan anda dan buat perakuan permohonan untuk mengesahkan permohonan anda. Semoga berjaya

*Selamat memohon ya!

Sumber: SPA9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×