Famili

Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Diumumkan 27 Mei Ini (Isnin)

27
SHARES
PEPERIKSAAN SPM 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan diumumkan pada 27 Mei 2024 (Isnin). Seramai 395,870 calon telah mendaftar peperiksaan SPM 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Baca juga: Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2023 DIUMUMKAN 27 MEI INI

PEPERIKSAAN SPM 2023

Kredit: Kosmo Digital

Menurut KPM, pelajar SPM tahun 2023 boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut,” katanya.

Calon persendiriaan pula keputusan akan dihantar melalui pos atay calon menghubungi sendiri Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar peperiksaan.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,”  jelas KPM menerusi kenyataan.

Pihak sekolah perlu memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain mengambil keputusan di sekolah masing-masing, calon juga boleh membuat semakan secara dalam talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Cara-caranya adalah:

– Secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

– Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM NoKP Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

Baca juga: 30 Soalan Untuk Tanya Anak Lepas Balik Sekolah, Boleh Tingkatkan Kemahiran Bercerita!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia & Berita RTM

Kredit imej: Kwiknews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×