Asuh

30 Soalan Untuk Tanya Anak Lepas Balik Sekolah, Boleh Tingkatkan Kemahiran Bercerita!

39
SHARES
anak balik sekolah

Buat ibu dan ayah yang pertama kali menghantar anak memasuki alam persekolahan terutamanya darjah 1, sudah pasti akan berasa risau. Selain bertanya mengenai pelajaran, ada beberapa soalan lain boleh ditanya apabila anak balik sekolah seperti yang dikongsikan oleh PASTI Negeri Selangor.

Jelasnya, antara kebaikan bertanya soalan apabila anak balik dari sekolah adalah dapat meningkat pelbagai skil seperti komunikasi.

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

30 SOALAN BOLEH TANYA BILA ANAK BALIK SEKOLAH

ANAK BALIK SEKOLAH

Jadi, di bawah ini ada 30 soalan boleh ditanya kepada anak.

Kategori biasa (tapi tetap power):

1. Apa adik makan hari ini?
2. Apa adik buat masa waktu rehat?
3. Apa yang mencabar/susah hari ini?
4. Ada mana-mana kawan adik yang tidak hadir ke sekolah hari ini?
5. Buku apa yang adik baca hari ini?
6. Dengan siapa adik main hari ini masa ‘waktu rehat’?
7. Siapa yang adik duduk di sebelah dalam kelas atau pada waktu rehat?
8. Adik nyanyi lagu apa hari ini?

Kategori emosi (penting untuk tahu emosi anak semasa di sekolah):

9. Ada sesiapa yang buat adik rasa marah hari ini?
10. Ada sesiapa yang menangis hari ini?
11. Ada apa-apa yang buat adik rasa takut hari ini?
12. Siapa yang buat adik senyum hari ini?
13. Apa yang buat adik paling seronok hari ini dekat sekolah?
14. Ada apa-apa yang buat adik rasa sedih hari ini?
15. Adik ada pujuk kawan yang menangis hari ini?
16. Ada apa-apa yang buat adik rasa kasihan hari ini dekat sekolah?

Kategori sesuatu menarik:

17. Apa subjek kegemaran adik hari ini?
18. Ada sesiapa yang tercedera hari ini?
19. Ada orang buat sesuatu yang kelakar hari ini?
20. Ada mana-mana kawan adik yang buat sesuatu yang bagus hari ini?
21. Apa fakta baru atau perkara baru yang adik belajar hari ini?
22. Apa yang adik buat hari ini yang kreatif?

Kategori soalan cepumas:

23. Siapa yang adik nak buat kawan hari ini tapi belum jadi kawan lagi?
24. Siapa yang bawa bekalan makanan yang nampak paling sedap/best hari ini? Makanan apa tu?
25. Jika seorang dari kawan kelas adik boleh jadi cikgu hari ini, siapa yang adik pilih agaknya dan sebab apa ya?
26. Adik rasa/fikir apa peraturan cikgu yang paling penting?
27. Kalaulah adik boleh ajar satu subjek (atau adik jadi cikgu), subjek apa yang adik akan ajar? Sebab apa.
28. Cuba beritahu ibu/ayah 3 waktu berlainan yang adik guna pensel hari ini.
29. Apa satu benda dari rumah yang adik idam nak bawa ke sekolah bersama?
30. Kalau adik ada kayu sakti, apa benda yang adik nak ada dalam kelas adik?

Soalan-soalan di atas boleh membantu meningkatkan kemahiran anak untuk bercerita.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tiga Kata-Kata Orang Tua Tentang Bayi Yang Terbukti BENAR Oleh Sains

Sumber: PASTI Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×