Nur

5 Doa Sakit Perut Boleh Diamalkan, Selain Ubat Ikhtiar Cara Ini Juga

7
SHARES
doa sakit perut

Terdapat 5 senarai bacaan doa sakit perut yang dianjurkan dalam Islam. Dengan membaca perkongsian doa di bawah, insyaAllah sakit akan beransur pulih.

Ini merupakan salah satu ikhtiar boleh dilakukan sebelum anda mendapatkan rawatan di klinik. Baca perkongsian artikel di bawah sampai habis ya.

Baca juga: Jangan Pernah Lupa Buat 6 Amalan Sebelum Masuk Rumah, Takut Ada Yang ‘Ikut’ Nanti

SENARAI DOA SAKIT PERUT BOLEH DIBACA, INSYAALLAH BERKESAN

doa sakit perut

Berikut adalah doanya:

1. Doa sakit perut diajar oleh Rasulullah SAW

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku rasa dan yang aku bimbangkan.”

Caranya adalah letakkan tangan di bahagian perut yang sakit. Kemudian baca Bismillah sebanyak tiga kali dan baca doa seperti dikongsikan di atas sebanyak 7 kali.

2. Sakit perut ketika haid

Sesetengah wanita mengalami masalah sakit perut yang teruk ketika haid. Baca doa sakit perut akibat haid ini bagi mereka yang sakit perut, sakit, loya dan pening untuk memohon kesembuhan.

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَ ثًا .وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَ تِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya: “Letakkanlah tanganmu pada tempat yang sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali, kemudian bacalah: ‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku rasakan dan yang aku bimbangkan.” (HR Muslim)

3. Doa untuk bayi sakit perut

Sakit perut boleh berlaku tanpa mengira usia. Jadi, ibu boleh membaca doa sakit perut di bawah sekiranya si manja mengalami masalah tersebut.

 َدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَ بْصَارِ وَضِيَائِهَاِ وَعَلَهِ وَعَلَهِ وَعَلَهِ

(Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa-iha wa afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa `alaalihi wa shohbihi wa sallim)

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai ubat hati dan penyembuh, kesihatan tubuh badan dan penyembuh serta penyeri mata dan cahayanya. Semoga dicurahkan pula selawat dan salam. pada keluarga dan sahabatnya.”

4. Doa ketika sakit/demam

Selain doa di atas, ada juga doa lain yang boleh dibaca ketika sakit atau demam.

وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ أَسْأَلُ اللهَ ال

Bismilâh, bismilâh, bismilâh. U‘îdzuka bi izzatillahi wa qudratihi min syarri mâ ajidu wa uhâdziru (dibaca tujuh kali).

As’alullâhal ‘adhîma rabbal ‘arsyil ‘adhim an yashfiyaka (dibaca tujuh kali).

Maksudnya, “Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah, aku pelihara kamu berkat kemuliaan Allah dan qudrah-Nya dari kejahatan yang aku rasa dan yang aku risaukan (dibaca tujuh kali). Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai Arasy yang Agung agar Dia menyembuhkan kamu (dibaca tujuh kali),”

5. Doa dari sahabat Ali

َلًا وَأَذِبْ الْعَسَلَ فِيْ مَاءِ مَطَرٍ نَازِلٍ لِسَاعَتِهِ أَي ْ قَرِيْبِ عَهْدٍ بَوَاللهِ

Maksudnya: “Ambillah dua dirham dari mahar isterimu dan belilah madu. Campurkan madu itu dengan air hujan yang baru saja turun dari langit, kemudian minumlah.” 

Dinasihatkan agar dapatkan nasihat dan rawatan doktor jika sakit perut berpanjangan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Tengok Video Lucah & Boleh Jadi Punca Hati Gelap Selama 44 Hari…

Sumber: Orami Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×