Suami atau isteri yang sedang marah akan berada dalam keadaan tekanan darahnya tidak teratur, jantungnya berdegup kencang, paras degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat serta pernafasan pun menjadi laju. Pada waktu inilah akan masukknya syaitan ke dalam fikiran dan menyemai rasa tawar hati dan benci kepada pasangan.
Jadi, bagi mengelakkan dari berlakunya situasi yang tidak diingini, berikut merupakan amalan doa khas dari Ustaz Elyas Ismail.
Baca juga: Amal ‘Doa Pengasih’ Ini Agar Kita Mencintai & Dicintai Kerana Allah
RASA TAWAR HATI, MARAH DAN BENCI DENGAN PASANGAN, BACA DOA INI
Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya: “Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah” – [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].
Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
Oleh itu, selain berdiam diri dan menahan kesabaran dari mengamuk terutamanya dengan pasangan, Ustaz Elyas Ismail menitipkan pesan untuk membaca doa ini:
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ
Rabbi a’zu bika min hamazatish shayathini wa a’uzu bika rabbi anyahdhuruni
“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan lembut syaitan. Aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, dari datangnya syaitan kepadaku..”- Surah Al Mu’minun ayat 97-98
Pada ayat ini Allah menyuruh Nabi Muhammad supaya dia selalu berlindung kepada-Nya dari bisikan-bisikan syaitan dan dari godaan-godaannya. Ini supaya syaitan itu selalu jauh dan tidak dapat masuk ke dalam hati Rasulullah SAW untuk memperdayakannya.
*Paling mudah kalau tak sempat nak hafal doa ini adalah untuk anda Istighfar terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata.
Baca juga: Nak Bersama Tapi Tak Jumpa ‘Lubang’, Perawat Perubatan Islam Dedah Kisah Pasangan Terkena Sihir!
Sumber: Ustaz Elyas Ismail